Rabu, 7 Oktober 2009

besday ke 30th

kawan2 sepejuangan

hehe, dapat hadiah...sukernyeee
kek besday dr kawan2 opis zhc, thanks kawan2
nie laa rupa hadiahnya..terharuu, thanks mai hadiah dari maisarah
thanks to kengkawan semua yg sudi celebrate even sy mc ari tue....kak yati memang nak kena.....


Selasa, 14 Julai 2009

Family Day @ Klebang Beach Resort,Melaka

adik sulong, nain10 & wife,ina
adik yang bongsu, mirun


jomlaaa naik adib oiiii...


syoknya...


adib di anjung


kesian ayah, tengah demam


adib & alang nain di food court, nilai3



kenape sayang?


tok wan & atok sibuk pilih baju utk adib


posing dik jangan tak posing


lekanya bermain...


adib di kedai karpet, nilai3





KLEBANG BEACH RESORT, MELAKA





Tanggal 10-11hb July,2009, ade family day kat Klebang Beach Resort, Melaka. saya, adib, mak,ayah, adik mirun dan adik nain serta isteri,ina bertolak ke Melaka jam 5 ptg. Tapi sebelum tue pukul 11 pagi kita org pergi ke bandar sri damansara dulu, melawat anak buah, anak arwah abang,NUR KHADIJAH AMNI kat sekolah dia. Bukan main tembam lagi pipi dia. dah besar dahhh dia, bulan nie genaplaaa 9 tahun umur dia. Kadangkala kesian tengok anak buah nie, macam org takut2 pun ade bila jumpa kami, tapi saya tahu dia gembira kami melawat dia.Lepas antar khadijah pulang ke rumah, kami terus bertolak ke Melaka, dalam perjalanan adik nain call nak singgah kat nilai dulu. shopping RAYA. sampai jerr nie, terus beli baju, sempat gaklaaa saya sambar 2 pasang kain ela untuk buat baju kurung......heheehehe, semua tu dipilih oleh ayahanda dan bonda tercinta.LEpas penat berjalan, kita org pergi makan dekat food court dia. terkejut adik2 dengan harga makanan kat situ, 2 pinggan nasi ayam jerrr dah RM9. abis tueee memang tueee pun standard harga kat sini, tapi memanglaaa dia org terkejut gilerr sebab kat kedah nasi ayam baru RM3.50 sepinggan. Dah kenyang semuanya, kita org pun bertolak laa ke MELAKA. sampai jerr dekat tol senawang, hujan selebat2nya, berlakulak kemalangan.sian pulaa nengok tuanpunya kereta yang excident tu.Akhirnya sampai juga kami di melaka jam 5 ptg. Kami sekeluarga mengginap di Klebang Beach Resort yang disponsor oleh ayahanda tercinta. thanks ayah.... Malam lepas solat maghrib, kami keluar ke bandar melaka, cari kedai utk makan malam.Makan malam tu disponsor oleh adik lelaki saya, pak konen.Thank kayu pak konen, sedap makan malam tue. Balik jerr bilik hotel, ayah tiba2 lak demam.teruk demam dia.sampai tak tido malam.esok pagi lepas sarapan, saya dan adik yang bongsu bawa ayah g klinik. Tengahhari jerr kita org check out dr hotel dan bercadang utk balik seremban. dlm perjalanan sempat lak singgah kat kota a farmosa beli cenderahati wak balik skit.sampai seremban jerrr dah petang, sian pula tengok ayah.teruk betul demam dia. hari isnin tue bawa ayah pergi KPJ buat checkup.kita org jumpa Dr Jefri. Selepas pemeriksaan darah dan air kencing, ayah disahkan DEMAM DENGGI.doktor sarankan ayah masuk wad,tapi ayah degil nak balik kedah dan masukhospital sana. tapi kata doktor, dia tak izinkan.kena masuk wad juga. akhirnya ayah pilih masuk Hospital Tuanku Jaafar. Berbotol2 air dimasukkan, demam ayah tak juga kebah2. AT least, kita org bagi ayah minum air lengkuas, alhamdulillah dengan izin Allah, demam ayah turun dan hari sabtu lepas 18/07/2009 ayah discharge dr hospital. Tapi ayah masih tak kuat. lemah jerr lihat ayah, risau lak..akhirnya isnin, 20/07/2009 ayah balik juga ke kedah dengan KTM.

Isnin, 6 Julai 2009

SELAMAT BERSARA

tanggal 30/06/09 yang lalu adalah hari terakhir mak dan ayah bekerja dengan kerajaan. Dah bersara akhirnya.....dapatlaaaa berehat lepas nie.SELAMAT BERSARA AYAH DAN MAK....

Khamis, 25 Jun 2009

hujung minggu @ kinrara

sabtu lepas mak ayah datang umah bawa mak sedara dari kedah.Sempatlaa tido semalam kat umah, esoknya kami rancang ke umah sepupu saya kat kinrara.disebabkan kami ramai dalam 6 orang, kami naik komuter jerr dari seremban.kebetulan memang niat nak bawa anak bujangku si adib naik komuter.dalam komuter, adib nie bukan main licah lagi berjalan kesana kemari.kebetulan tempat duduk kami banyak yang kosong lagi. sampai jerr stesyen batang benar, dah ramai yang masuk .mulalaaa adib duduk diam. ingatkan lama laaa diamnya....emmmmm lepas tue aktif balik.habis semua kasut org dipijak2nya.nakal betulkan? Tak sangka pula sempat lak minta duit kat org sebelah atuk die...tersenyum jerrr org tue.aku apa lagi malulaaa...aduhaiiii.anak bujang sorang nie. akhirnya sampai juga kat stesyen serdang. then sepupu datang ambil kita org ke rumah dia.Sebab tak muat, maka saya, adib,adik sepupu dan mak sedara aku naik teksi.kena lak teksi india.masyallah...busuknyaaaa bau dalam kereta dia.dahlaaaa mahal bayaran dia,RM26.puas gaklaa menghidu selama 15 minit sementara nak sampai umah sepupu.Adib lak dengan selamba jerr tido....letihlaa tue.Petang tue mak dan ayah nak balik ke kedah naik kereta api.so, saya dan sepupu hantar mak ayah ke KL Sentral.Terima kasih mak ayah kerana selalu datang ke sini. Tak ternilai kasih sayang mu.Balik jer dari Kl Sentral, saya pun terus tunggu kat umah sepupu sampai husb datang ambil.Nak tahu pukul berapa husb datang, 2 pagi.sian dierr....sebab dia balik keje lambat ari tue.Sampai umah jerr dah jam 4 pagi.....esoknyeee terus dia tak keje..tak larat....

Rabu, 17 Jun 2009

hanya kau yang mampu

dah lama pula tak update kan...susah betol nak online sekarang niee.sibuk jerr memanjang. ade lak kes developer menipu so, kena laaa consentrate dengan kes tue dulu..

pagi tadi tengah drive otw hantar adib ke senawang, adelaaa pasang radio lagu Hanya Kau Yang Mampu nyanyian aizat.Tiba2 anak bujang sorang tue nyanyi lagu tue...amboi2 bukan main dia nyanyi, tapi satu butir ayat pun tak paham, yang ujung2 jerr faham.Baru 2 tahun 3 bulan dah pandai nyanyi.Kat umah pula kalau dengar lagu ruang rindu nyanyian Letto untuk drama Intan kat astro tue, bukan main juga menyanyi die..sampai tak pandang kiri kanan.terhibur juga atiee nie. semalam lak, masa keluar beli dinner, hubby keluar laaa beli nasi goreng n sate.Tengah tunggu tue tiba2 hubby masuk ngan rambut botak. Adib tiba2 senyap dan pandang semacam jerr abah die. lama juga senyap hingga sampai kat rumah.rupa2nya takut.Dia pandang jerr abah die nie.Tanya kat hubby kenape potong rambut botak lak.katanya pening kepala. tapi tue laaa dua tiga hari nie tengok hubby nie lain macam jerrr.termenung dan macam memikirkan sesuatu. bila tanya ade masalah kerr, katanya tak de.hemmmmmmmmmmm pelik juga.kat opis lak sempat lagi call bonda tersayang tanya datang ke tak minggu, jawapannya mestilaa datang.horeyyyyyyyyyy rindunya kat mak ayah.tak sabar nak jumpa mereka lagi.

Isnin, 8 Jun 2009

alaaaa ciannyaa

hari nieee rajin pulaa nak tulis blog waktu rehat nie. nak citerr sikit about my buah hati, adib. Dua hari kita org cuti niee, layan jerr dia kat umah. Kebetulan ada program Sua Rasa Celcom dekat ngan Stadium Paroi, kita org pun g laaa jalan2 kat situ...bukan main sukerrr adib niee berlari2 kat situ.Sempatlaa adib naik motor polis yang besar tue...mungkin kita org datang awal sangat so, taklaaa banyak aktiviti lagi.Cuma sempat beli London Swiss Roll jerr yang harga RM10 dapat beg. Ingatkan murahlaa rupanya macam kena tipu jerrr kek dia sikit jerr dari biasa. emmm kata hubby"padanlaaa rm10 sebab tu abg malas nak layan kalau jualan murah, dah yang nak beli, beli jerr laaa"..hehehehehe..kan dah kena.Tak lama kemudian kita org balik sebab dah mula panas...sambil tue adib tak abis2 sebut"happy besday to adib firdaus"...siannyaaa.ingat pula dia majlis harijadi dia ari tue. setiap hari dia asyik sebut ayat tue. so, saya berazamlaaa nak buat besday party utk adib tahun depan. ari tuee kita org buat sambut anak beranak jerrr sebab pikir dia bukan tahu aper2 pun tapi tak sangka dah pandai lak..sekarang nie mulut dia pun dah asyik mengomel jerr....selalu sebut "mama tak cayang..." bila kena marah..sian diaa kan.

Jumaat, 5 Jun 2009

APAKAH NEPHROTIC SYNDROME


Apa itu Nephrotic Syndrome ?
Nephrotic syndrome (NS) ialah satu sindrom klinikal yang menunjukkan cirri-ciri berikut :
Muka sembab, bengkak anggota atau badan (oedema)
Penurasan protein dalam air kencing (proteinuria) melebihi 3 g/sehari
Paras serum protein/albumin (hypoalbuminemia) rendah
Paras kolesterol yang tinggi (hypercholesterolemia
)


Bagaimana kekerapan berlaku Nephrotic Syndrome?
Boleh berlaku pada semua peringkat umur
Kerap berlaku pada kanak-kanak
Jika kanak-kanak biasanya berlaku pada peringkat umur 11/2 dan 4 tahun dan kerap terjadi kepada lelaki muda
Bagi dewasa taburan jantina adalah sama


Apakah tanda-tanda dan gejala Nephrotic Syndrome?
Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut :
Bengkak atau sembab anggota badan
Kuantiti penghasilan air kencing berkurangan
Tekanan darah tinggi
Kualiti hidup menurun
Kencing berbuih dan berbau busuk
Kencing berdarah (jarang)

Apa itu oedema?
Oedema merupakan tanda-tanda awal NS. Berlaku di dalam 95 - 99% kes. Di peringkat awal berlaku sembab di keliling mata dan sembab muka yang teruk terutamanya waktu bangun pagi. Kemudian beransur-ansur bengkak kepada seluruh anggota termasuk kaki dan tisu kulit tenggelam apabila ditekan dengan jari. Bengkak anggota kaki lebih nyata kemudianya. Pada peringkat seterusnya cecair berkumpul dalam kaviti abdomen menyebabkan abdomen menjadi bengkak dan tegang (ascites). Kemudiannya bengkak buah zakar atau faraj. Apabila penyakit bertambah teruk edema menjadi lebih menyeluruh menyebabkan kesukaran bernafas disebabkan cecair berkumpul di sekeliling paru-paru. Kadang-kadang oedema menyebabkan pertambahan berat badan. Kadangkalaa terdapat cecair meresap keluar dari permukaan kulit

Apa itu oliguria ?
Oliguria merujuk kepada kekurangan kuantiti air kencing berbanding jumlah sepatutnya dalam sehari. Biasanya ginjal menghasilkan air kencing sebanyak lebih kurang 1.5 liter sehari.
Apa itu hypertensi
Hypertensi menunjukkan peningkatan tekanan darah (link ke topik Saringan Darah Tinggi dan Tekanan Darah Tinggi)

Apakah yang dimaksudkan kualiti hidup yang menurun
Rasa tidak sihat atau letih
Hilang selera makan
Mudah penat dan mudah terganggu

Apa itu haematuria?
Darah dikesan dalam air kencing samada dilihat dengan mata kasar atau menggunakan mikroskop


Apakah komplikasi Nephrotic Syndrome?
Thrombo-embolism
Seseorang pesakit akan mengadu sakit yang amat sangat dan bengkak sebelah kaki atau kedua-dua nya sekali. Ini disebabkan darah beku dalam salur darah bahagian anggota bahagian bawah.

Mudah mendapat jangkitan
Kebiasaannya punca jangkitan adalah di bahagian peritoneum dan salur kencing. Tanda tanda dan gejala adalah pelbagai seperti demam, sakit bahagian abdomen, cirit birit, sakit atau pedih semasa kecing.

Cirit birit
Kebiasaannya disebabkan oleh bengkak pada dinding usus. Ini mungkin menunjukkan radang peritoneum sekiranya disertai dengan demam.

Apa perlu dilakukan sekiranya anda mengesyaki mengidap Nephrotic Sydndrome?
Dapatkan nasihat perubatan untuk pengesahan dan rawatan


Apakah ujian siasatan yang diperlukan untuk diagnosa atau pengesahan Nephrotic Syndrom?
Ujian analisa air kencing
ujian darah
Ujian ultrabunyi dan ujian biopsy (jika perlu)

Analisa air kencing

Ujian air kencing menggunakan "dipstick" dilakukan secara rutin bagi mendapatkan maklumat awal kandungan protein dalam air kencing. Satu "strip" adalah sejenis kertas kimia yang dicelup ke dalam contoh air kencing. Ianya akan berubah warna mengikut kuantiti protein yang terkandung dalam contoh air kencing. Ujian ini boleh dilakukan di mana-mana klinik.

Ujian protein air kencing 24 jam adalah ujian kuantiti yang mana memberi maklumat tentang jumlah kandungan protein dalam air kencing. Pesakit akan dikehendaki mengumpul air kencing bagi tempoh 24 jam di mana jumlah kandungan akan diukur. Jumlah kandungan protein yang dikeluarkan dalam kes Nephrotic Syndrome melebihi 3 gm/hari.

Selain kaedah pengiraan jumlah protein dalam air kencing kaedah pegiraan anggaran perbezaan antara protein dan creatinine boleh diguna pakai

Ujian analisa air kencing menunjukkan kehadiran darah dalam kencing

Ujian analisa darah
Serum albumin kurang dari 25 g/L
Kandungan kolestrol yang tinggi sering ditemui
Darah untuk ujian nitrogen dan creatinine adalah petunjuk kepada kerosakan ginjal. Kandungan yang tinggi produk metabolik menunjuk disertai dengan penurunan fungsi ginjal.

Ujian ultrabunyi dan pengambilan tisu ginjal (biopsy)
Ujian pengimejan biasa/rutin tidak diperlukan dalam kes Nephrotic Syndrome. Walau bagaimanapun selalunya dibuat sebelum prosedur pengambilan tisu ginjal dilakukan bagi memastikan pesakit mempunyai dua ginjal.

Dalam kebanyakkan kes doktor mungkin melakukan pemeriksaan cebisan tisu ginjal pesakit di bawah mikroskop untuk menentukan penyebab dan keterukan penyakit tersebut. Prosedur mendapatkan tisu ginjal ini dipanggil biopsy. Prosedur ini dilakukan menggunakan teknik aseptik. Bius setempat digunakan untuk menghilangkan kesakitan

Prosedur ini dilakukan dengan kedudukan pesakit meniarap menggunakan panduan mesin ultarbunyi untuk mengesan kedudukan dinjal.

Ubat bius setempat disuntik di bahagian yang telah ditentukan untuk menghilangkan kesakitan. Jarum khas digunakan untuk mengambil contoh tisu ginjal.


Apakah komplikasi biopsy ginjal?
Sakit di bahagian biopsi
Pendarahan adalah komplikasi yang biasa. Walau bagaimana pun biasanya kecil sahaja
Kencing berdarah biasa berlaku selalunya sedikit sahaja.
Hematoma atau lebam darah terkumpul di sekeliling ginjal. Biasanya kecil dan tiada tanda-tanda dan gejala

Apakah rawatan untuk Nephrotic Syndrome?
-Berbeza di antara dewasa dan kanak-kanak.
-Bergantung ke atas sebab-sebab Nephrotic Syndrome.
-Walau bagaimanapun terdapat rawatan yang tidak sepasifik ini termasuk :

Makanan
-Pengambilan protein makanan yang normal dengan kalori yang mencukupi

Mengawal pengambilan cecair dan garam terhad
-Pengambilan cecair mesti dihadkan mengikut jumlah air kencing yang keluar. (jumlah pengambilan cecair ialah jumlah air kencing hari sebelumnya + 500ml air yang hilang melalui proses selain dari kencing (contoh pernafasan, berpeluh dan lain-lain)

-Pengambilan garam mesti dikurangkan untuk mengelakan penakungan cecair dan garam di badan. Jangan tambah garam pada makanan

Diuretics
-Diuretic secara amnya untuk menggalakan peningkatan pengeluaran air kencing. Mungkin perludiberi melalui suntikan intravena

Anti-hypertensi
-Pemilihan ubat ini hendaklah yang boleh memberikan pengawalan tekanan darah yang baik pada masa yang sama megurangkan keterukan kandungan pengeluaran protein dalam air kencing.


Rawatan Khas Nephrotic Syndrom bagi kanak-kanak
Lebih kurang 80% kanak-kanak berumur antara 1 hingga 12 tahun mengidapi perubahan penyakit yang minima. Dari jumlah ini 90% respon kepada penggunaan terapi corticosteroid, oleh itu biopsy ginjal tidak diperlukan. Corticosteroid didapati sangat efektif dalam penyembuhan NS dan merupakan pilihan jenis ubat yang paling utama. Kanak-kanak dengan NS yang tidak respon dalam masa 4 minggu rawatan corticosteroid hendaklah dirujuk kepada pakar nefrologi untuk menjalani prosidur biopsy ginjal.

Maklumat lanjut : rujuk Consensus Statement of Management of Idiopathic Nephrotic Syndrome in Childhood 1999 yang boleh didapati pada laman web http://www.acadmed.org.my/ di bawah tajuk clinical practice guidelines


Rawatan Tertentu Nephrotic Syndrome bagi dewasa
-Rawatan tertentu diberi bergantung kepada keputusan ujian biopsy ginjal.


Kawalan tertentu komlikasi Nephrotic Syndrom
-Jangkitan
Pesakit NS amat mudah mendapat jangkitan terutamanya radang peritoneum dan radang kulit. Oleh itu ubat antibiotik yang dikehendaki apabila diperlukan diperlukan.

-Kegagalan ginjal
Ini adalah komplikasi yang telah maklum. Ini disebabkan oleh kekurangan air, kencing berlebihan atau bengkak kepada tisu ginjal. Walau bagaimana pun kegagalan ginjal jenis ini dapat dipulihkan.

-Thrombosis
Komplikasi ini boleh mengancam nyawa dan memerlukan terapi untuk mencairkan darah. Kadangkala rawatan awal anti pembekuan darah diperlukan untuk mencegah komplikasi.

Khamis, 4 Jun 2009

KISAH AbANg

salam semua. dah lama saya tak update blog nie kan. sibuklaaa sekarang niee kat opis.tak sempat saya nak layan internet. cuma perjalanan hidup saya berjalan macam biasa sekarang nie....tak lama lagi sampailaaa appointment saya dengan doktor kat sepital tue.entah aperlaaa status penyakit saya nie kan? kita tunggu 22hb nie. tapi sekarang nie saya nak citerr sikit kisah arwah abg saya, ZAFFIRUL BIN HJ ZAKARIA,sedapkan nama dia.Umur abg saya kalau dia masih hidup sekarang adalah 34 tahun. Tapi ALLAH lebih sayangkan dia sebab dia manusia paling baik pernah saya jumpa. Dia cuma sempat hidup selama 29 tahun jerrr dan cuma sempat bermanja dengan anak sendiri selama 2 tahun.dalam tahun 2002 kalau tak salah saya, arwah terlibat dengan kemalangan jalan raya dengan lori kira-kira 200 meter dari rumah akibat terlelap. arwah abg niee besar orgnya....kalau bawa kereta selalu jerr terlelap, kalau ade kakak ipar, selalu dicubit agar tak tido masa memandu tapi malang nasibnya hari tuee dia terlibat dengan kemalangan ketika pulang utk solat jumaat. terkejut saya dan kakak ipar dengan berita tue dan tanpa berlengah kita org ke lokasi kejadian. alhamdulillah dia cuma tersepit dan masih sedar walaupun kereta dia remuk gilerr.kebetulan masa tue kereta yang digunakan baru jerr dibeli sebulan lepas.arwah abg dihospital cuma beberapa bulan.selepas dibenarkan keluar, dia cuma berehat dirumah. namun selang beberapa minggu dia mula mengadu sesak nafas. ayah terus bawa abg ke Kedah Medical Centre. Kata doktor, air dah banyak dalam badan abg.Yang hairannya masa scan dekat hospital dulu tak nampak pula apa2 yang tak kena. mungkin badan dia besar so, x ray memang tak nampaklaaa.dalam 2 hari sempatlaa aku menjaga abg dan hari kedua tueee pelik pulaaa permintaan dia.dia minta saya pergi beli air sirap ais waktu pagi2 buta. saya kata mana boleh minum ais sebab nanti sakit tu lambat elok, abg cakap"alaaa.sekali nie jerrr lepas niee dah tak minta lagi".bukan main beria-ia dia minta tak juga saya tunaikan. Saya malas nak turun beli sebenarnya...last sekali saya kirim dekat adik bongsu saya yang on the way kesitu. Adik pula sampai lewat petang, waktu tu abg dah mulaa diam dan sesak nafas.Akhirnya sempat juga bagi abg minum air sirap tuee walaupun dia dah macam tak tau aper2.menyesalnya saya.. Doktor dah mula kelam kabut dan saya.....terpaku......adakah itu permintaan terakhir abg? Setelah ayah, mak dan saudara dihubungi, akhirnya doktor buat keputusan untuk transfer abg ke GH kerana peralatan di KMC tidak lengkap untuk kes abg. Petang tue juga abg di hantar ke GH dengan ambulan dan terus ditempatkan di ICU.Saya pula terus menyalahkan diri dan menangis tanpa henti....kata mak ..."kan dapat juga dia minum air tue".mak terus memujuk saya yang tak henti2 menangis.Selepas sebulan di ICu, doktor buat keputusan untuk tebuk lubang dileher abg utk memudahkan pernafasan dia.Waktu tue abg dah tak boleh bercakap cuma mampu menulis. dia sempat minta maaf pada semua org dan minta halalkan makan minum dan hutang2 dia..2 hari kemudian tanpa disangka, tiup pernafasan tue tercabut dan nafas abg terhenti sekejap. doktor berusaha menyelamatkan abg dan alhamdulillah nadi abg berdenyut semula. tapi abg dah koma... sejak itu abg cuma mampu mendengar percakapan kami tapi tak mampu menjawab.Selama hampir 8 bulan di ICu, abg dibenarkan pulang. Ayah banyak berkorban masa dan tenaga menguruskan abg. abg perlu dimandikan dan diberi susu sahaja. Mujurlah bekas kakak ipar sanggup menjaga abg sehingga akhir hayatnya. Ayah dan mak juga sanggup berhabisan duit dan masa untuk abg. Kami cuma sempat menjaga abg selama 2 tahun sahaja. Tak lama kemudian, tahap kesihatan abg makin berkurangan. Ayah membawa abg ke hospital, selang beberapa minggu kemudian, abg dimasukkan ke ICu dan diberikan bantuan mesin pernafasan. Doktor juga telah memberitahu ayah, peluang abg adalah tipis dan tiada ubat lagi untuk abg. Kata ayah"dia tetap nak terus rawat abg disini dan tak akan cabut mesin bantuan pernafasan tue.Biarlaaa abg pergi sendiri. Atleast kata ayah, dia dah berusaha.diawal pagi yang hening dan tenang, kami dapati nadi abg makin lemah dan abg pergi juaaa dengan bersaksikan kami sekeluarga dan saudara mara lain. Waktu tue tenang jerrr saya lihat wajah abg. Sejuk dan tersenyum. Alhamdullillah, waktu jenazah abg nak dikebumikan ramai orang datang melawat, seperti kenduri kahwin dia dulu. sesak jalan raya. Orang terlalu ramai.dalam 2 ribu tak salah saya. Arwah abg memang seorang yang terlalu baik, baik dengan semua orang. Dia kesayangan nenek saya kerana dia adalah cucu sulung dan selalu tolong dan bawa nenek saya bila nak kemana-mana. Arwah abg juga seorang anak yang patuh dan taat pada mak dan ayah. tak pernah sekali keluar perkataan "ahh" atau 'uhh" atau "tak boleh" bila ada yang minta tolong terutama mak ayah, adik2, saudara mara dan kawan2 dia. Dia juga tempat saya meluahkan rasa dan masalah. Kini saya tiada tempat untuk mengadu lagi.....Ingat lagi saya ketika saya minta kamera, dia sanggup belikan saya kamera walaupun mahal harganya dan beri saya duit bila tak cukup duit. Abg juga seorang abg yang lemah lembut dan terlalu sayangkan adik2 dia. Dan satu hajat arwah yang tak kesampaian, nak memiliki motor berkuasa besar. Tapi ayah tak benarkan sebab "bahaya naik motor" kata ayah. Dan hajat itu tersimpan kukuh dalam hati ayah sampai ari nie. Dan terfikir kami adik beradik, betapa bertuahnya kita org kerana ayah bagi segalanya kepada kami kini. Seboleh2nya ayah adakan. Mungkin juga kerana pengalaman bersama abg. Dan saya kisah air sirap itu tersemat kukuh dalam ingatan saya sehingga kini dan sentiasa membuatkan saya sentiasa menangis setiapkali teringatkan abg.Kini saya lebih menghargai kasih sayang keluarga kerana bagi saya keluarga adalah segalanya. Saya juga berusaha untuk menjaga hati mak dan ayah agar tidak terguris dan saya akan terkilan dengan sesiapa yang menyakiti hati ayah dan mak saya. Kerana bagi saya ayah dan mak terlalu banyak berkorban demi anak2. SEMOGA ROH ABG DICUCURI RAHMAT,AMIN. Saya sayang abang saya sangat2...emmm

Jumaat, 22 Mei 2009

JAMUAN PERPISAHAN


salam semua....hari nie mak dan ayah datang dari kedah.gembiranya hati saya hari nie. Setiap kali dia org datang , saya laaa org yang paling gembira dan bersemangat sekali sebab bagi saya mak dan ayah adalah segalanya utk saya...adib pula ape lagi, gembiralaaa bila jumpa tok wan dia. lepas jemput dia org kat ktm seremban terus sy antar balik umah. kemudian sy balik semula ke opis sebab tengah hari kita org ade jamuan kat opis.JAMUAN PERPISAHAN KAK FIR.best....kita org makan itik rendang yang disponsor oleh leader kita org, miss hayati.thanks sis.sedap gilerr...dan aku pulaaaa aperr lagi kek batik lerr...hehehehehhee..menu lain seperti dibawah.untuk kak fir, selamat maju jaya ditempat baru kat kedah nun.thanks juga atas barang2 umah yang tak nak dibawa ke kedah yang dihadiahkan dan dijual pada saya.



HADIAH UTK KAK FIR






KEK PERPISAHAN DR MAISARAH




nie pulut emas by nurul, cantikkan color die..sedap lak tuee


puding buah-buahan by kak nor



ini pula itik rendang by our leader, miss hayati


nie lak kek batik saya...hehehehe menarik tak?


wah2 si lisa nieee ambil air tak ingat org sebelah.tengok mira dah pandang semacam jerr..hehehehehe



wah...masing2 sibuk dok menghidang sambil ngapppp...


makan..jangan tak makan, niela nurul dan mira


nie 2nd boss yang sporting giler...en.izwan setia Kak saba dan kak yati,posing jangan tak posing


Khamis, 21 Mei 2009

KEPONINGAN

salam semua.....

ari nieee keluar umah jam 7.30pg, hantar adib kat umah pengasuh ngan hubby ke opis die.Dalam kereta, adib niee gemar memunggah barang2 dalam kereta termasuklaaa mp3 abh die. apa lagi kenalaaaaa marah ngan abah dia.sian anak mama.terus terdiam. kata2 abah dengar lak dia tue..tapi kalau mama dia yang cakap...harus sangatlaaa nak dengar.sampai jer opis..awal2 pagi dah dapat panggilan dari client. mula2 ok jerrr cakap...lepas tuee..ingat dah selesai...rupanya dia call balik, tanya benda yang sama juga...adoiihaiii tak paham laa pulak.terang lagi pada dia....last2 dia cakap nak saman developer tue...saya kata "samanlaa".Dah abis tueee..ingatkan dah settle, dia call lagi.....adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii nak aperr lagi nie.dia minta saya buat pula surat dekat developer tue tanya pasal status rumah..adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiihhhh sakit kepala..saya kata yerrr laaaa saya buat nanti.tak sampai 10 minit kemudian call lagi...adoi memang nak konooooo caller tue. saya pesan kat receptionist, kata saya meeting.penin2...ade gak client cam ni.....citer pasal opis, kat opisss sekarang nie banyak pulaa keje. kdgkala tension gak..tapi best buat keje lawyer nie.macam2 perangai manusia yang kita jumpa yang kadang kala mencabar... dan sentiasa dicabar kesabaran nie...hehehehehe.cakap tentang kesabaran, beberapa hari lalu leader saya ade bercakap dengan seorg client berkenaan tanah adat.Ikut undang2 n9, kalau geran tanah ada dinyatakan tanah adat kenalaaa minta kebenaran dato lembaga.dia persoalkan kenapa tanah dia tanah adat lak.masa dulu beli tak dee lak tanah adat. abis tuee kita org nak buat cam nerr...dah pejabat tanah minta cam tu.dah berbuih menerangkan tak juga paham2.lastly leader saya niee bagi fail kat lawyerr...kot2 dia paham...nak tahu aperr jadi, sekali terang jerrr dah paham. masyaallah...pelik2.....terdetik juga kat dalam hati, client tue tak yakin kot ngan kerani cabok cam kita org niee...hmmmmmmmmm..lepas tue time rehat saya n geng2 opis g umah kak fir makan. makan mee kari...sedappppp.memang pakar masak die nie.lepas niee tak taulaaa sape nak gantikan kak fir nie masak utk kita org. hari esok adalah hari last die kat opisss sebab dah letak surat resign. minggu depan jadilaaa dia org kedah. jelesss laa pulak....patutnya saya yang balik kedah.sebab itu tempat lahir saya....nak wat cam nerrr...sabar je laaa.

Rabu, 20 Mei 2009

About My Little Prince


Assalamualaikum...sekarang masa utk saya cerita sikit tentang anak tunggal saya, MUHAMMAD ADIB FIRDAUS yang kini berusia 2 tahun 2 bulan. gambar nie kita org posing masa adib umur 4 bulan. adib nie dilahirkan pada 07/03/2007 pada jam 10 pagi melalui kaedah pembedahan kerana saya tak mampu lahirkan secara normal. Banyak betul dugaan masa mengandungkan dia, masa tue jugalaa saya disahkan ade masalah buah pinggang atau nama saintifik die "Nephrotic Syndrom" iaitu masalah pengecutan buah pinggang. selalunya penyakit ini hanya terjadi kepada kanak-kanak lelaki. sehingga hari ini saya masih lagi menjalani rawatan dengan pakar nefrologi di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Kadangkala termenung juga memikirkan nasib diri...tapi bak kata pepatah..hidup perlu diteruskan. kini saya menjalani hidup dengan positif agar saya kuat melawan penyakit ini. Disamping sokongan suami, anak, ayah mak dan adik2. Ayah terutamanya terlalu mengambil berat soal saya, mungkin kerana pengalaman kehilangan arwah abang saya pada 2004 (nanti saya ceritakan tentang itu).Ayah dan mak sentiasa berusaha membawa saya berubat kampung. Pantang dengar ada org yang boleh pulihkan penyakit ni, dia akan mencuba. Kata ayah dan mak, kita kena berusaha dan bertawakal. Biar dia habis duit beribu janji saya sihat. Terkedu saya dengan pengorbanan ayah dan mak.Suami pula banyak membantu saya bab keje rumah kerana saya cepat letih dan tak leh buat keje berat. alhamdulillah saya dikurniakan suami yang baik, penyayang, penyabar dan suka menolong. Dia terlalu ambil berat soal saya. Thanks dear.I love u so much..Ok kita stop takat tue jerr... sambung pula tentang perkembangan adib....sekarang nie budak kecik niee dah pandai baca surah al-fatihah dan gemar pula bersolat. tiap kali dalam kereta atau ade mase terluang selalu dia baca fatihah ngan abah die..bukan main sukerr...sampai tergeliat lidah membaca..adib nieee rapat dengan tok wan dia (panggilan org utara utk atok)...tiap-tiap hari kena call tok wan kat kedah. Apa-apa mesti tok wan dia. Tapi apa yang diucapkan kat telefon, hanya dia saja yang paham....adib juga dah pandai baca ABC dan 123.perkataan yang dia gemar cakap sekarang ialah"siannnnn mama, siannnn abah..." allllaaaaaa sweetnyeee anak mama nie.... dibawah niee video klip adib ngan putingnyeee..hehhehehehe selamat menonton.




OPIS TRIP 2009 @ KUCHING,SARAWAK

hi semua, nak citerrlaa sikit walaupun dah jadi citerr lama n basi.pada 14/03/2009-17/03/2009 saya n kengkawan opis pergi opis trip ke sarawak ngan my boss.terbang ngan airasia.best gilerrr tapi sedey hubby ngan anak kena tinggal sebab sponsor utk staf jer. banyak tempat yang kita org lawat seperti kampung budaya sarawak, taman buaya "jong's crocodile, kilang pasu, kedai kek lapis sarawak, semenggoh wildlife, naik sunset cruise n shopping kat waterfront. banyak juga laaa yang dibelanjakan, tapi macam tak puas jerr... ingat suatu ari nak gie baliklaaa ke sana wak hubby ngan adib lak..


nie ngan si maisarah,accountant opis...best gilerr budak nie..hehehehe

ngan kengkawan opis dan boss kat tugu si miaww my leader yati, shahrul ngokngek, me n kak yang king kong, hehehehehehe kat lobi hotel nak g makan malam kat airport kuching, nak balik daaaaah , TQ BOSSS

Selasa, 19 Mei 2009

2ND BESDAY ADIBCOMEL





kek adib masa besday adib ke 2 pada 07/03/2009 yang lalu..

tak dee buat besar-besaran cuma sambut anak beranak jerrrr....

HAPPY BESDAY SAYANG







bukan main excited nak potong kek tueee..sampai kek penuh mulut

i luv u sangat sayang...sayang anak mama