Rabu, 20 Mei 2009

About My Little Prince


Assalamualaikum...sekarang masa utk saya cerita sikit tentang anak tunggal saya, MUHAMMAD ADIB FIRDAUS yang kini berusia 2 tahun 2 bulan. gambar nie kita org posing masa adib umur 4 bulan. adib nie dilahirkan pada 07/03/2007 pada jam 10 pagi melalui kaedah pembedahan kerana saya tak mampu lahirkan secara normal. Banyak betul dugaan masa mengandungkan dia, masa tue jugalaa saya disahkan ade masalah buah pinggang atau nama saintifik die "Nephrotic Syndrom" iaitu masalah pengecutan buah pinggang. selalunya penyakit ini hanya terjadi kepada kanak-kanak lelaki. sehingga hari ini saya masih lagi menjalani rawatan dengan pakar nefrologi di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Kadangkala termenung juga memikirkan nasib diri...tapi bak kata pepatah..hidup perlu diteruskan. kini saya menjalani hidup dengan positif agar saya kuat melawan penyakit ini. Disamping sokongan suami, anak, ayah mak dan adik2. Ayah terutamanya terlalu mengambil berat soal saya, mungkin kerana pengalaman kehilangan arwah abang saya pada 2004 (nanti saya ceritakan tentang itu).Ayah dan mak sentiasa berusaha membawa saya berubat kampung. Pantang dengar ada org yang boleh pulihkan penyakit ni, dia akan mencuba. Kata ayah dan mak, kita kena berusaha dan bertawakal. Biar dia habis duit beribu janji saya sihat. Terkedu saya dengan pengorbanan ayah dan mak.Suami pula banyak membantu saya bab keje rumah kerana saya cepat letih dan tak leh buat keje berat. alhamdulillah saya dikurniakan suami yang baik, penyayang, penyabar dan suka menolong. Dia terlalu ambil berat soal saya. Thanks dear.I love u so much..Ok kita stop takat tue jerr... sambung pula tentang perkembangan adib....sekarang nie budak kecik niee dah pandai baca surah al-fatihah dan gemar pula bersolat. tiap kali dalam kereta atau ade mase terluang selalu dia baca fatihah ngan abah die..bukan main sukerr...sampai tergeliat lidah membaca..adib nieee rapat dengan tok wan dia (panggilan org utara utk atok)...tiap-tiap hari kena call tok wan kat kedah. Apa-apa mesti tok wan dia. Tapi apa yang diucapkan kat telefon, hanya dia saja yang paham....adib juga dah pandai baca ABC dan 123.perkataan yang dia gemar cakap sekarang ialah"siannnnn mama, siannnn abah..." allllaaaaaa sweetnyeee anak mama nie.... dibawah niee video klip adib ngan putingnyeee..hehhehehehe selamat menonton.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan