Isnin, 21 Mac 2011

MENJALANI RUTIN HIDUP BARU

tanggal 7.3.2011 adalah merupakan tanggal yang tak mungkin akan aku lupakan sampai bila2...tanggal itulah pada tahun 2007 iaitu 4 tahun yang lalu anak aku MUHAMMAD ADIB FIRDAUS dilahirkan dimuka bumi ini melalui pembedahan di HTJ Seremban dan pada tanggal ini sekali lagi utk tahun ini ia tercipta berbeza dimana kali pertama aku menjalani HEMODIALISIS di HTJ Seremban.tak pernah terbayang yang aku akan menghadapi juga situasi ini...bagiku mungkin ada hikmah atas semua ini...aku pasrah dan redha walaupun pada mulanya berat hati ini untuk menerima kenyataan......tahap cretinine darah aku telah mencecah 1085 dimana situasi itu membahayakan nyawaku...bila2 masa saja ia boleh menyerang ke otak jika tidak di lakukan dialisis...akhirnya tepat jam 11 malam aku mula menjalani rawatan dialisis selama 2 jam sebagai permulaan setelah diarahkan masuk wad disebelah petangnya.Tusukan jarumnya MASYAALLAH...hanya aku je yang tahu sakitnya...ye lah...dah aku yang kena cucuk kan..hehehe...besar jarum je sebesar mata pensil yang tumpul...bayangkan sebesar mana jarum tu masuk ke kulit ku....sampai bengkak dan terpaksa dituam dengan ais batu setelah selesai rawatan.kali pertama rawatan berat badan aku turun sebanyak 0.6kg iaitu dr 78.9kg kepada 78.3kg iaitu selama rawatan 2 jam dan creatinen aku pula 996.Kali kedua menjalani dialisis adalah pada 9.3.2011 selama 3 jam pula dan berat badanku turun dari 78.3kg kepada 77kg.Dan Petang 10.3.2011 aku dibenarkan keluar dari wad dan di arahkan utk menjalani rawatan dialisis di hospital tampin mulai 11.3.2011, setelah menjalani rawatan selama 4 jam di Tampin, berat badanku kini tinggal 75.4kg dan aku perlu menjalani rawatan dialisis semuru hidupku di sini pada setiap selasa, khamis dan sabtu.