Ahad, 10 April 2011

Sarapan Bersama Manjaku....



nasi ayam @ Warong Uncle Chor

sedapnyaaa makan
adib makan tak toleh kiri kanan kan!!


dah abis.....



Minggu lepas sempatlah aku dan hubby sarapan pagi bersama adib sebelum hantar dia masuk sekolah...kali ini warung pilihan adalah Warung Uncle Chor dekat Taman Bandar Senawang...boleh tahan sarapan dia...macam2 ada...lempeng kelapa, bihun, kaew teow, laksa, bihun sup, mee kari, kuih muih dan paling sedap aku rasa nasi ayam dia...marvelessss lah dan anak aku si adib macam biasa kegemaran dia mee ngan telur mata kerbau...hehehe....seronok menghabiskan masa ngan anak....seronok tengok gelagat dia....rindu sangat kamu sayang......

H.E.M.O.D.I.A.L.I.S.I.S @ HDU TAMPIN

salam semua...waweiiii sedar tak sedar dah hampir sebulan aku menjalani rawatan dialisis.Bermula dengan di HTJ, Seremban kemudiannya aku beralih ke Hospital Tampin dari 11.3.2011 sehinggalah 5.4.2011.Dan dengan berat hatinya aku melangkah kuar menuju ke Pusat Dialisis Nur Azalea yang terletak di Up Town Avenue pada 7.4.2011. Banyak kenangan yang aku tinggalkan di Tampin, dengan keramahan pekerja dan teman senasib.Kami bagaikan satu keluarga.Sayuuuuuuuuu tapi apa boleh buat, aku terpaksa juga tinggalkan.Dibawah adalah sebahagian gambar yang sempat aku rakamkan ketika di sana....layanzzzz

(Uncle Goh,teman senasibku)

(adakah aku seorang penyabar)

(makan jangan tak makan)


(keadaan bilik dialisis)


(lambatnya)

semua kenangan tak mungkin aku lupakan sampai bila2.....thanks kepada semua staff kerana menjaga dan memberi perkhidmatan yang terbaik....

Isnin, 21 Mac 2011

MENJALANI RUTIN HIDUP BARU

tanggal 7.3.2011 adalah merupakan tanggal yang tak mungkin akan aku lupakan sampai bila2...tanggal itulah pada tahun 2007 iaitu 4 tahun yang lalu anak aku MUHAMMAD ADIB FIRDAUS dilahirkan dimuka bumi ini melalui pembedahan di HTJ Seremban dan pada tanggal ini sekali lagi utk tahun ini ia tercipta berbeza dimana kali pertama aku menjalani HEMODIALISIS di HTJ Seremban.tak pernah terbayang yang aku akan menghadapi juga situasi ini...bagiku mungkin ada hikmah atas semua ini...aku pasrah dan redha walaupun pada mulanya berat hati ini untuk menerima kenyataan......tahap cretinine darah aku telah mencecah 1085 dimana situasi itu membahayakan nyawaku...bila2 masa saja ia boleh menyerang ke otak jika tidak di lakukan dialisis...akhirnya tepat jam 11 malam aku mula menjalani rawatan dialisis selama 2 jam sebagai permulaan setelah diarahkan masuk wad disebelah petangnya.Tusukan jarumnya MASYAALLAH...hanya aku je yang tahu sakitnya...ye lah...dah aku yang kena cucuk kan..hehehe...besar jarum je sebesar mata pensil yang tumpul...bayangkan sebesar mana jarum tu masuk ke kulit ku....sampai bengkak dan terpaksa dituam dengan ais batu setelah selesai rawatan.kali pertama rawatan berat badan aku turun sebanyak 0.6kg iaitu dr 78.9kg kepada 78.3kg iaitu selama rawatan 2 jam dan creatinen aku pula 996.Kali kedua menjalani dialisis adalah pada 9.3.2011 selama 3 jam pula dan berat badanku turun dari 78.3kg kepada 77kg.Dan Petang 10.3.2011 aku dibenarkan keluar dari wad dan di arahkan utk menjalani rawatan dialisis di hospital tampin mulai 11.3.2011, setelah menjalani rawatan selama 4 jam di Tampin, berat badanku kini tinggal 75.4kg dan aku perlu menjalani rawatan dialisis semuru hidupku di sini pada setiap selasa, khamis dan sabtu.

Selasa, 22 Februari 2011

Sakitnya hati!!!!!

rasanya inilah perasaan yg aku tak boleh nak gambarkan buat masa sekarang betapa SAKITNYA HATI AKU nie..huhuhu....kalau benarlah semua tu tidak berlaku kenapa mesti 'unfriend'.....takut atau terkejut....hmmmm adakah nasib aku seburuk ini...YA ALLAH..jauhkan semuanya dari hidupku ini..lindungilah keluargaku ini...........

Khamis, 17 Februari 2011

kemalasan datang lagi.....

mood kemalasan aku datang menerpa lagi...hehehe

malasnya aku nak update hari nie...so continue esok k

Selasa, 15 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul 1432 Hijriah !!!!!!!!!

hari nie 12 Rabiulawal 1432 Hijriah merupakan hari kebesaran nabi kita,Nabi Muhammad s.a.w....sama2lah kita berdoa dan memohon kepadaNYa agar kita sentiasa di lindungi dan dilimpahkan rahmat dariNYa..Tema Tahun ini ialah 1Malaysia 1 Ummah..dan aku serta keluarga cuma berada di rumah.....diawal pagi seperti biasa kalau time cuti nie kami selalu BF kat luar..kali nie dekat kedai mamak SYED MAJU di Paroi dekat je ngan Stadium Paroi. Seperti biasa juga menu kegemaran kami Teh Ais dan Roti Petak Garing dengan kuah kari with isi ikan. Adib bukan main lagi makan dah tak toleh kiri kanan, agak ehhh lapar nie.maklumlaa semalam tak makan ape2. otw balik kita org singgah kejap dekat Pasar Tani Ampangan, ushar aper2 yang patut..sibuk berjalan adib kata" mama, nak baju Ben 10"....tapi hubby aku dan aku wat tak tau je....kesian adib..diam je tak dapat baju tue....emmm anak2 nie tak leh nak manjakan sangat beli tu beli nie....kena juga ajar bagaimana susah nak dapatkan sesuatu....bukan main mintaa jeee......
sampai rumah terus pula dengan aktiviti memasak.....aku nie memang rajin memasak kalau time hubby ade kat rumah...ari nie aku masak "masak lemak ikan kembung + ubi kentang (kata hubby aku jarang org masak pakai kentang..)hehehe hentam je laaa..janji aku nak makan ngan ubi kentang juga..org tak buat aku buat laa....sambil2 tue goreng ayam dengan disaluti kunyit hidup,cili padi dan bawang...menjilat jari nie...licin..hehehehe...penangan orang yg selalu malas masak memang cam nie...sekali masak...terus habis licin...
kata hubby "mama memang pandai masak"...emmm nie ayat ikhlas ke bodek nie sayang..hehehe..kadangkala aku kesian ngan hubby aku nie...dapat wife yg malas nak masak...sebenarnya aku nie bukannya malas sangat nak masak cuma tak boleh nak wat keje terlalu banyak sangat...aku cepat letih...kata doktor itulah salah satu kesan yang aku kena alami selain terpaksa muntah setiap hari waktu pagi....dah macam orang mengandung...tapi selagi aku tak cuci buah pinggang nie selagi tue aku akan hadapi keadaan ini...dan aku alhamdulillah mendapat hubby yang benar2 memahami aku dan banyak membantu aku menguruskan hal rumah.....katanya "mama buatlah perlahan2...buat setakat yang mampu, yang tak larat tak yah buat, nanti abg buat"..mmmmm terharunya.....

Isnin, 14 Februari 2011

sejuk ke hati nie!!!

tak habis2 lagi angin ku hari nie..agaknya minggu nie minggu angin ribut taufan sedunia agaknya...pada sesiapa yang membacanya janganlah moody lak yer sebab aku nie asyik mood marah je...blog nie utk aku lepaskan ape yang aku rasa....
pagi2 lagi aku dah dapat sms balasan dr tuan punya blog yang aku cerita semalam...hehehe..rupa2nya akunye tracking number termiss pulak...mujur aku cepat2 sms dia....katanya minta sorry sangat tak perasan..tak pe laaa...dia kata nak bagi hadiah free kat aku..heheehe...tue kira dah ok laa tue...aku nie marah sebab dia tak jawab sms aku je...tue je yg aku nak naik hangin...anyway aku akan pertimbangkan balik samaada aku nak lagi berurusan dengan dia atau tidak..mana laa tau kot2 lepas nie jadi kawan baik..hehehe..dah sejuk ke hati nie...mmmm belum tentu lagi!!!!! kita tunggu dulu bila dah dapat barang tue nanti
ok gtg...cau cin cau...............