Jumaat, 26 Mac 2010

rahmatmu tuhan..

salam semua..alhamdulillah...hidup saya kini lebih tenang dan aman...segala masalah hilang sekelip mata sahaja...masih ingat tanggal 1hb mac yang lalu dimana saya telah diarahkan utk masuk ke wad akibat tekanan darah yang tinggi dan tahap kerosakan creatinine yang tinggi ...(utk yang tak tahu saya penghidap sakit buah pinggang)..selama 10hr di wad berbagai rasa yang dialami...alhamdulillah akhirnya dapat juga keluar wad pada 10hb mac lalu...setelah itu pelbagai rawatan altenative dilakukan oleh keluarga terutama mak ayah dan suami ....dengan izin Allah jualah hidupku kini semakin tenang dan teratur dan kembali bersemangat...keesokkannnya saya berubat di kajang dengan seorang pengamal perubatan moden iaitu kiai zainal ....setelah itu saya mengikut ayah dan mak balik ke kedah dengan harapan untuk berubat...selama 5 hari di kampung..ayah dan mak bersusah payah membawa saya dengan izin suami untuk berubat..pagi kami sampai dari seremban, ayah bawa saya berubat di kg tala, sik kedah.di situ saya berjumpa dengan seorang pengamal perubatan islam bernama pak teh jan, beliau adalah pengamal perubatan islam diraja...rawatannya sangat mudah cuma melalukan pembedahan secara batin sahaja yang masanya tak sampai 5 minit dengan bantuan ayah saya sahaja.selain itu pak teh ini pandai membuat rawatan resdung yang cuma menggunakan sirih.tak perlu berasap2....alhamdulilah..saya tengok muka mak dah elok..dengan izin TUHAN..hilang semua lubang2 dan bintik2 hitam...then pada hari kedua, ayah dan mak bawa pula saya berubat di alor setar, iaitu pak long pa..dia situ pak long pa bagi petua suruh balik tampal daun bunga baru dan daun org buat tapai ...tampalkaan dipinggang.dia juga bagi air yang dijampi...dan keesokkan harinya saya berubat di taman aman, jitra..dengan pengamal perubatan bernama jaafar.di situ dia membuang segala bisa2 yang ada di dalam badan saya..alhamdulilah..semuanya dah ok sekarang.saya rasa sihat..ringgan badan.,melayang2 saja...rasa macam hidup nie baru bermula...bukan saya bercerita di sini untuk menunjuk2 kepada semua org tapi utk panduan dan pedoman bersama...kini saya banyak habiskan masa dengan beribadat...banyak lakukan solat2 sunat selagi terdaya dan berusaha untuk habiskan Al-Quran....selain itu saya juga banyak bersikap lebih sabar dan cuba bertenang...sakit buah pinggang ini saya rasakan makin lama makin ilang.....tak terasa langsung...sihat saja rasa..SYUKUR KEPADANYA....terima kasih TUHAN kerana masih lagi memberi kesempatan untuk diri ini bertaubat dan mendekati diri denganMU. Sebenarnya terlalu banyak benda yang ingin saya kongsikan dalam blog ini sebagai renungan bersama tapi saya takut dan bimbang akan menimbulkan riahk dan rasa kurang senang org yang membacanya...oleh itu saya pohon maaf andai ade sesiapa rasa terganggu dengan tulisan blog saya ini..niat saya cuma satu untuk berkongsi apa yang saya rasa sekarang...kekadang saya dapat rasakan yang hidup saya tidak akan lama lagi....jadi masa yang ada ini ingin saya gunakan untuk berbakti dan beramal selagi terdaya....saya ingin menyelesaikan segala-galanya...hutang piutang dan apa sahaja yang belum selesai termasuk fidyah saya....saya juga ingin memohon maaf pada semua manusia kalau saya ada menyinggung perasaan mereka....mudah-mudahan saya diampunkan....saya juga berusaha untuk menjaga hati suami, anak, mak,ayah,mak mentua, bapa mentua,adik2.. ipar duai, anak2 buah, mak2 sedara, bapa2 sedara, sepupu2..jiran2 tertangga..dan semua org......

Khamis, 25 Mac 2010

BERTEMU KEMBALI


alhamdulillah..akhirnya dapat juga kemaskini balik blog yang dah lama bersawang nie...apapun dengan azam dan semangat yang baru.....

Rabu, 7 Oktober 2009

besday ke 30th

kawan2 sepejuangan

hehe, dapat hadiah...sukernyeee
kek besday dr kawan2 opis zhc, thanks kawan2
nie laa rupa hadiahnya..terharuu, thanks mai hadiah dari maisarah
thanks to kengkawan semua yg sudi celebrate even sy mc ari tue....kak yati memang nak kena.....


Selasa, 14 Julai 2009

Family Day @ Klebang Beach Resort,Melaka

adik sulong, nain10 & wife,ina
adik yang bongsu, mirun


jomlaaa naik adib oiiii...


syoknya...


adib di anjung


kesian ayah, tengah demam


adib & alang nain di food court, nilai3



kenape sayang?


tok wan & atok sibuk pilih baju utk adib


posing dik jangan tak posing


lekanya bermain...


adib di kedai karpet, nilai3





KLEBANG BEACH RESORT, MELAKA





Tanggal 10-11hb July,2009, ade family day kat Klebang Beach Resort, Melaka. saya, adib, mak,ayah, adik mirun dan adik nain serta isteri,ina bertolak ke Melaka jam 5 ptg. Tapi sebelum tue pukul 11 pagi kita org pergi ke bandar sri damansara dulu, melawat anak buah, anak arwah abang,NUR KHADIJAH AMNI kat sekolah dia. Bukan main tembam lagi pipi dia. dah besar dahhh dia, bulan nie genaplaaa 9 tahun umur dia. Kadangkala kesian tengok anak buah nie, macam org takut2 pun ade bila jumpa kami, tapi saya tahu dia gembira kami melawat dia.Lepas antar khadijah pulang ke rumah, kami terus bertolak ke Melaka, dalam perjalanan adik nain call nak singgah kat nilai dulu. shopping RAYA. sampai jerr nie, terus beli baju, sempat gaklaaa saya sambar 2 pasang kain ela untuk buat baju kurung......heheehehe, semua tu dipilih oleh ayahanda dan bonda tercinta.LEpas penat berjalan, kita org pergi makan dekat food court dia. terkejut adik2 dengan harga makanan kat situ, 2 pinggan nasi ayam jerrr dah RM9. abis tueee memang tueee pun standard harga kat sini, tapi memanglaaa dia org terkejut gilerr sebab kat kedah nasi ayam baru RM3.50 sepinggan. Dah kenyang semuanya, kita org pun bertolak laa ke MELAKA. sampai jerr dekat tol senawang, hujan selebat2nya, berlakulak kemalangan.sian pulaa nengok tuanpunya kereta yang excident tu.Akhirnya sampai juga kami di melaka jam 5 ptg. Kami sekeluarga mengginap di Klebang Beach Resort yang disponsor oleh ayahanda tercinta. thanks ayah.... Malam lepas solat maghrib, kami keluar ke bandar melaka, cari kedai utk makan malam.Makan malam tu disponsor oleh adik lelaki saya, pak konen.Thank kayu pak konen, sedap makan malam tue. Balik jerr bilik hotel, ayah tiba2 lak demam.teruk demam dia.sampai tak tido malam.esok pagi lepas sarapan, saya dan adik yang bongsu bawa ayah g klinik. Tengahhari jerr kita org check out dr hotel dan bercadang utk balik seremban. dlm perjalanan sempat lak singgah kat kota a farmosa beli cenderahati wak balik skit.sampai seremban jerrr dah petang, sian pula tengok ayah.teruk betul demam dia. hari isnin tue bawa ayah pergi KPJ buat checkup.kita org jumpa Dr Jefri. Selepas pemeriksaan darah dan air kencing, ayah disahkan DEMAM DENGGI.doktor sarankan ayah masuk wad,tapi ayah degil nak balik kedah dan masukhospital sana. tapi kata doktor, dia tak izinkan.kena masuk wad juga. akhirnya ayah pilih masuk Hospital Tuanku Jaafar. Berbotol2 air dimasukkan, demam ayah tak juga kebah2. AT least, kita org bagi ayah minum air lengkuas, alhamdulillah dengan izin Allah, demam ayah turun dan hari sabtu lepas 18/07/2009 ayah discharge dr hospital. Tapi ayah masih tak kuat. lemah jerr lihat ayah, risau lak..akhirnya isnin, 20/07/2009 ayah balik juga ke kedah dengan KTM.

Isnin, 6 Julai 2009

SELAMAT BERSARA

tanggal 30/06/09 yang lalu adalah hari terakhir mak dan ayah bekerja dengan kerajaan. Dah bersara akhirnya.....dapatlaaaa berehat lepas nie.SELAMAT BERSARA AYAH DAN MAK....

Khamis, 25 Jun 2009

hujung minggu @ kinrara

sabtu lepas mak ayah datang umah bawa mak sedara dari kedah.Sempatlaa tido semalam kat umah, esoknya kami rancang ke umah sepupu saya kat kinrara.disebabkan kami ramai dalam 6 orang, kami naik komuter jerr dari seremban.kebetulan memang niat nak bawa anak bujangku si adib naik komuter.dalam komuter, adib nie bukan main licah lagi berjalan kesana kemari.kebetulan tempat duduk kami banyak yang kosong lagi. sampai jerr stesyen batang benar, dah ramai yang masuk .mulalaaa adib duduk diam. ingatkan lama laaa diamnya....emmmmm lepas tue aktif balik.habis semua kasut org dipijak2nya.nakal betulkan? Tak sangka pula sempat lak minta duit kat org sebelah atuk die...tersenyum jerrr org tue.aku apa lagi malulaaa...aduhaiiii.anak bujang sorang nie. akhirnya sampai juga kat stesyen serdang. then sepupu datang ambil kita org ke rumah dia.Sebab tak muat, maka saya, adib,adik sepupu dan mak sedara aku naik teksi.kena lak teksi india.masyallah...busuknyaaaa bau dalam kereta dia.dahlaaaa mahal bayaran dia,RM26.puas gaklaa menghidu selama 15 minit sementara nak sampai umah sepupu.Adib lak dengan selamba jerr tido....letihlaa tue.Petang tue mak dan ayah nak balik ke kedah naik kereta api.so, saya dan sepupu hantar mak ayah ke KL Sentral.Terima kasih mak ayah kerana selalu datang ke sini. Tak ternilai kasih sayang mu.Balik jer dari Kl Sentral, saya pun terus tunggu kat umah sepupu sampai husb datang ambil.Nak tahu pukul berapa husb datang, 2 pagi.sian dierr....sebab dia balik keje lambat ari tue.Sampai umah jerr dah jam 4 pagi.....esoknyeee terus dia tak keje..tak larat....