Ahad, 13 November 2011

ReZeki Yang TIdak DiSAngka-SaNGka







assalamualaikum..

Baru zhr perasan yang zhr dah lama tak menulis dalam blog nie...dah nampak bersawang dah sana sini...kemalasan yang melanda rupanya membawa petanda sesuatu buat zhr.

Seperti yang semua sedia maklum namun buat yg belum maklum, zhr nak khabar2 kan juga bukan untuk mencanang seluruh dunia, zhr adalah pesakit buah pinggang yang telah pun menjalani rutin dialisis 3 kali seminggu semenjak bulan March 2011 iaitu tanggal 7 dimana tanggal itu jugalah tanggal putera zhr, ADIB genap 4 tahun.sayu rasa hati namun zhr redha dengan ketentuanNYA.


Ketia mengandungkan adib dulu, zhr pernah di minta oleh pakar Nefrologi, ketika itu Dr Chiew untuk tidak meneruskan kandungan ini kerana ia merbahaya untuk kesihatan zhr, tapi zhr degil, tanpa berfikir banyak, zhr membantah dan berdegil untuk meneruskannya, bagi zhr doktor bukan Tuhan untuk menentukan segala-galanya, semuanya terletak di tangan Tuhan dan zhr yakin, Tuhan akan mendengar doa hambanya...Alhamdulillah  akhirnya zhr selamat melahirkan anak sulung zhr pada tanggal 7hb March, 2007 pada jam 1ebih kurang 10 pagi melalui kaedah pembedahan....bayi itu sihat dan cuma ditempatkan di dalam inkubator selama seminggu itu pun kerana kuning..dan kini dia membesar dengan sihat dan aktif..setelah kelahiran adib, zhr telah dinasihatkan oleh pakar utk tidak boleh mengandung lagi kerana ianya membahayakan kesihatan, kali ini zhr dengar dan mengambil perancang sebagai langkah pencegahan.setelah 2 tahun mengambil perancang, zhr berhenti mengambilnya kerana merasakan zhr tidak dapat mengandung lagi kerana zhr kurang subur.selama dua tahun juga zhr tidak mengambil perancang dan akhirnya zhr disahkan perlu menerima rawatan dialisis genap pada usia adib 4 tahun iaitu betul2 pada hari lahirnya..namun zhr redha dan puas kerana dapat memberikan suami zhr seorang anak yg bakal mewarisi keturunan zhr nanti.Zhr juga diingatkan doktor pakar bahawa zhr tidak boleh mengandung lagi kerana jika mengandung masa dialisis, janin boleh gugur dan cacat.

Alhamdulillah semua yg berlaku tentunya ada hikmah disebaliknya.Kata2 seorang doktor bukanlah penentu kepada nasib seseorang.Allah itu Maha Berkuasa bagi segalanya.Siapa sangka setelah memulakan dialisis, dengan izin Allah jua, zhr dapat merasa pengalaman mengandung lagi.Masih zhr ingat beberapa hari sebelum kita merayakan Aidilfitri, pagi tu tiba2 zhr rasa perut nie mengeras dan ada benda bergerak dalam perut.

Setiap kali minum ketika berbuka
puasa, zhr akan cepat penat dan sengkak.Masa tu dah tak boleh makan lagi.Berkata-kata zhr dalam hati "Perut aku nie makin buncit, kuat minum air kot" dan tiba2 perut nie rasa benda bergerak, juga zhr berkata dalam hati "ada cacing tak?", dengan tak sedap hati zhr pergi juga dialisis pagi tu, habis je dialisis zhr pergi buat check up dekat Klinik Penawar tapi disitu Doktor cuma buat Pregnantcy Test dan keputusannya negatif.Kata Doktor mungkin salah makan.
Dua hari selepas itu, selepas abis sahaja dialisis, zhr rasa tak sedap hati, terus je ke Klinik Keluarga SYIFA untuk buat scan.Tanpa berlengah lagi, Doktor membuat scan kepada zhr dan naaahhhhh memang nampak jantung bergerak2 di dalam perut zhr...subhanaallah...Maha Suci Allah zhr memang mengandung dan kata doktor baby nie dah besar dan kalau ikut scan dah masuk 5 setengah bulan.Ini bermakna, zhr hamil sejak mula2 dialisis iaitu sejak bulan March.Memang zhr terkejut dan menangis menerima berita nie.Suami zhr pun terkejut bila dimaklumkan berita ini.Antara percaya dan tidak.


Alhamdulillah, kandungan ini selamat walaupun zhr menjalani dialisis kerana kata doktor org yg menjalani dialisis akan menghadapi risiko keguguran, anak mati dalam perut jika mengandung.Petang tu juga doktor minta zhr ke GH untuk berjumpa pakar di sana.Akhirnya zhr dimasukkan ke wad untuk pemeriksaaan selanjutnya.Keesokkan harinya doktor pakar buah pinggang dan doktor pakar sakit puan datang melawat.Mereka terkejut dan katanya tiada yg boleh dilakukan lagi selain meneruskan kandungan ini dan diberi pemerhatian yg lebih kerap setiap minggu.Rutin harian dialisis yg sepatutnya 3 kali seminggu dah bertukar menjadi 4 kali seminggu.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Semakin hari zhr dapat rasakan tendangan dari dalam perut. Anak ini aktif.Namun tanggal 5hb November, tiba2 tekanan darah zhr naik.Kebetulan hari tu hari check up zhr dengan pakar O&G. Zhr di tahan di wad kerana tekanan darah tinggi. Lebih kurang pukul 7 zhr dimasukkan ke wad 2A, tiba-tiba pukul 7.30mlm ketika suami dan anak zhr tiba, zhr di arahkan masuk ke labour room.Kata nurse, bukan untuk bersalin, untuk berehat dan dipantau tekanan darah sebab zhr mengadu sakit kepala.Malam tu zhr tidur di Labour room dengan perasaan resah sebab suami zhr tak masuk2 bertanya khabar.Rupanya tekanan darah juga tidak menunjukkan penurunan.Pagi esoknya setelah perbincangan doktor pakar buah pinggang dan doktor pakar sakit puan, zhr mesti dibedah pagi tu sebab tekanan darah tinggi boleh membahayakan nyawa zhr dan bayi yg dikandung. Zhr maklumkan suami zhr belum tahu keadaan ini, kelam kabut doktor menelefon suami zhr utk segera dtg.Setelah setengah jam menunggu kehadiran suami, zhr ditolak masuk ke dewan bedah tepat jam 10 pg.Tepat jam 10.36pg iaitu tanggal 6 Oktober 2011, puteri zhr dilahirkan ketika usia kandungan mencecah 7 bulan dengan berat 1.15kg.Ketika bayi dikeluarkan, zhr cuma dapat mendengar suara tangisan pertamanya tanpa dapat melihat bentuk tubuh dan wajahnya kerana sebaik keluar dia terus dimasukkan ke NICU. Ketika itu mengalir airmata zhr kerana akhirnya Allah kurniakan juga cahayamata perempuan yang memang zhr inginkan selama ini.Bermakna Allah telahpun mengabulkan doa zhr walaupun zhr nie bukanlah hambaNya yang terlalu taat kepada perintahnya.Kadangkala alpa dan lupa.Betapa besarnya kasih sayang Allah.

Aku bersyukur Ya Allah dengan rezeki pemberian mu ini..bagiku inilah rezeki yang tidak disangka-sangka...

Nampaknya kita berhenti di sini dulu...nanti zhr sambung kembali dengan cerita seterusnya tentang keadaan puteri zhr dan siapakan nama puteri zhr


Jumaat, 22 April 2011

BESTNYA LAH JUMPA BUAH HATI


salam sayang semua....hari ini seperti biasa awal2 pagi lagi dah keluar seiring dengan my buah hati nak pergi keje dan skool.Tapi sebelum tu, apa kata u all tukar panggil zhr pula, tak suker laaa aku beraku nie..nampak kasor...tak mesra...emmmm ok.Apa ya!!! oooo ya tak sempat lagi zhr nak tangkap gambar dialisis centre tu boh dalam blog nie bagi kawan2 semua lihat kan. Tak pa, satu hari nanti zhr tunaikan yer...


oklah bercerita bab pergi dialisis, tepat jam 8 pagi, zhr dah tercongok sampai depan centre, terus misi zhr, wani ambil timbangan berat badan dan tekanan perasaan opssss tekanan darah..hehehe.selesai semua tu, wani terus cucuk tangan zhr nie, takat nie alhamdulillah, tak de apa2 masalah.tepat jam 8.30pg terus mesin mencuci dijalankan dan tertido lah zhr kat situ selama 4 jam...adoiii lamanya 4 jam...borink lak tue.



Jam 12.30tgh, selesailah zhr dengan rutin harian nie.Lepas rehat lebih kurang, terus zhr start kereta dan memandu pulang.dalam perjalanan ingat pula jemputan Watie Que utk kerumahnya makan2.Antara nak pergi atau tidak, yelah zhr nie segan sikit bab makan free nie..hahahaha..padahal tunggu peluang jer org jemput...terus zhr call tanya jadi ke idok.alhamdulillah agaknya rezeki kot, maka teruslah zhr memandu ke rumah Watie Que di Taman Tuaku Jaafar, Senawang.Cuaca kat luar bukan main panas terik, hingga tak senang duduk zhr dlm kereta yer lah dengan pendingin hawa yang belum elok2 lagi, ntah bila laaa nak pergi servis...sampai jer, nahhhh..zhr nampak si PUTIH..huhu..buah hati ku dah sampai..hehehe..tentu korang gempak sapa buah hati zhr kan..sampai saja..dengan malu tak malu, zhr bagi salam...alhamdulillah disambut....hehehe.Sedap pula tengok makanan yang terhidang kat atas meja....ade pulut, kuah durian, bihun, kek,siakap masak stim dan air oren. Bukan makanan yang zhr kejarkan sangat tapi zhr suker sangat dapat jumpa dan berkumpul dengan kengkawan zhr yang terlalu baik bagi zhr (bukan bodek ye) seperti Kak Saba, Maisarah, Norzalila dan tentunya Watie Que yang sentiasa murah dengan makanannya.Selalu sedekahkan kuih, kek atau apa saja kalau dia buat lebih. Murah rezeki dia kan.Nak tahu sapa buah hati zhr? hehehe..mereka2 di ataslah...zhr sayang sangat ngan kawan2 zhr ni.ada lagi tapi mereka tak de pula hari nie.


Sebelum zhr balik, sempat lagi zhr rembat..hehehe..mana ade rembat..tu Watie Que dengan murah hati memberi kepada zhr dan kawan2 yang ada. Serba salah nak amik tapi amik juga sebab zhr memang suker...tak pe, nanti suatu masa zhr pula belanja makan k....tapi Watie Que juga lah yang kena masak sebab dia kan Chef.Apa2pun kawan2 layanlaa gambar kat bawah nie yo...untuk yang nak tempah kek lapis sarawak nie pun boleh hubungi zhr atau hubungi Watie Que di facebook....



kek lapis sarawak (by Watie Que)





buah mangga TTJ




Rasanya dah penat zhr dok membebel kat sini kan, sampai masa dah utk zhr berehat dulu, anak pun dok memanggil2 nie suruh tido..biasalah anak bujang nie memang manja dgn mama dia, bergaduh dan terpisah macam mana pun tido ngan mama dia, tengah malam sure kembali ke pangkal lengganku jua....ucapnya "adib sayang mama"...adoiiii sayang, mama pun terlalu sayang adib.....



Selasa, 19 April 2011

MASAK MEMASAK LAGI!!

salam all

sejak dua menjak nie rajin pula masak.Yang paling rajin sekali buat coselow lah...rajin pula kuar g kedai beli mayonis sebab stok dah abis..hari ni buat satu tupperware besar..puaslahhh makaan nanti..pas tu rajin pula nak masak ayam masak sos plus tomato dan sup sayur cendawan.....so nak juga tulis resepi aku sendiri macammana Watie Que tulis kat blog dia..walaupun aku tahu takde pun yang follow...bolehlaa utk ingatan aku jer..so di bawah gambar2 makanan yang aku siapkan ari nie...


coselow (resepi mcm yang lepas laaa...tengok balik yer)


sup sayur cendawan
Bahan2nya:
1 ulas bawang besar (utk menumis)
1 ulas bawang putih (utk menumis)
1/2 inci halis (utk menumis)
sedikit garam
sedikit air
Cendawan
Carrot
kubis bunga
sayur hijau
Cara2nya:
1.Tumis bahan tumis.
2.Masukkan sedikit air dan biar mendidih.
3.Masukkan Carrot dan kubis bunga
4.Masukkan cendawan dan sayur hijau
5.Masukkan sedikti garam dan tutup api.
dah boleh dihidangkan....


ayam masak sos with tomato
Bahan2:
off coz ayamkan (digoreng terlebih dahulu)
1 ulas bawang kecil (utk menumis)
1 ulas bawang putih (utk menumis)
1/2 inci halia (dipotong halus atau sederhana) (utk menumis)
4 biji cili api
1/2 biji cili merah+ hijau
1/2 biji tomato (dihiris 3 bahagian)
sos cili
sos tomato
air
bawang goreng (sebagai hiasan)
cara2nya:
1.Tumis bawang kecik,bwg putih dan halia.
2.Masukkan sos tomato, soso cili dan sedikit air.Biar sedikit mendidih.
3.Masukkan ayam yang telah digoreng.
3.Masukkan hirisan cili api, cili merah/hijau,hirisan tomato.
4.Angkat dan tabus sedikit bawang goreng..dah boleh makan.


so...selamat mencuba resepi nie....
















Jumaat, 15 April 2011

AS SOBARU MINAL IMAN...

adib dengan basikalnya

hehehe..jom mama jalan2
yo...what's up man


hehehe..setiap pagi kalau nak g cuci mesti aku akan keluar awal sama2 dengan adib dan cik hubby, pagi semalam teringat kata2 anakku adib sebelum aku dan dia berpisah utk ke destinasi masing2...dia dengan hubby nak g sekolah naik motor dan aku nak g cuci naik kereta....lepas je kunci rumah...adib siap leh cakap.."mama..mama tunggu tau..tunggu adib ma"...sambil dia angkat tangan..dia nak aku tunggu dia jalan dulu baru aku leh jalan..dan tanpa disangka dia berkata "as sobaru minal iiimannn..................................sabar itu separuh daripada iiimannn"...hehehehe..adib2....pandai betul anakku berhadis....kalah aku yang tua bangka nie nak hafal hadis2 nie...tapi adib dengan mudah je lafazkan...sambil bawa kereta tersenyum aku.....betullah perpatah mengatakan anak nie pelembut hati, penawar duka....memang dia penghibur hati aku sangat...mama sayang sangat adib....

AL FATIHAH

salam semua kengkawan....bulan nie genaplaa 7 tahun abg saya tiada di pandangan mata kami sekeluarga...rasanya baru je bergurau senda dengan abg.....semalam mak dan ayah buat kenduri arwah utk abg di kampung..malangnya aku tak dapat pulang memandangkan komitmen dengan dialisis...haaa kan dah susah nak balik kampung.......alfatihah..semoga roh abg sentiasa di rahmati Allah...kami sayang sangat dengan abg....abang yang terlalu pelembut dan penuh dengan kasih sayang...rugi kehilangan abg....tapi apakan daya......Tuhan lebih menyayanginya..apapun abg tetap di hati kami sekeluarga....emmmm sayu


(pada kawan2..silalah sedekahkan alfatihah utk beliau, terima kasih)

Rabu, 13 April 2011

mash potato,coselow with beef & herb gravy

beef & herb gravy

(yg nie beli jer kat giant = RM4.89)


inilah hasilnya



wallahhh..dok tak dok...aku cuba resepi yg aku minta dari Watie Que...boleh tahan sedap ehhh...kata hubby marvellosss...adib pula makan sampai tak ingat dunia...licin...huhu...so...aku kongsikan sikit resepi yang aku cuba sendiri nie...selamat mencuba kengkawan:

Mash Potato:

Bahan2:

5 biji kentang putih (import) -direbus hingga empuk

1/2 kotak susu segar (apa2 jenama sekalipun)

2 @ 3 sudu makan butter


Cara2 Menyediakannya:

1. Rebus kentang sampai empuk

2. Lenyekkan kentang

3. Masukkan butter

4. Masukkan susu segar


Untuk Kuah:

Beli je dekat Giant - Beef & Herb Gravy -RM4 lebih sepeket


Cara2 Menyediakannya:

1.Tuang sepeket Beef & Herb Gravy


2.Masukkan air panas dan gaul.

Coselow: Bahan2:


1/2 Kubis Putih @ Purple-dipotong halus/dadu


1 biji Carrot 1 biji bawang besar-dipotong dadu


Mayonis


Cara2 Menyediakannya: 1.Potong semua sayur


2.Masukkan mayonis dan gaul


(nak sedap letak dalam peti sejuk...)






okeyy kengkawan...selamat mencuba yer


Isnin, 11 April 2011

Ubat @ HTJ

emmm pagi semua....awal2 pagi aku dah start kereta utk menuju ke hospital tuanku jaafar untuk mengambil bekalan ubat.Jam 8.15pg aku dah tercongok dekat parking hospital...nampak jer shuttle bus aku pun aper lagi meluru naik supaya taklah teruk aku nak mendaki bukit nanti...sampai je kat kaunter farmasi..aku amik nombor....kena tunggu lagi....lagi 10 orang..huhuhu...dalam setengah jam menunggu dapatlah bekalan ubat...masa nak kuar aku tunggu juga shuttle...senang tak yah jalan kaki...letih wooo kalau jalan...jauh tuuu....amik je kereta aku terus menuju ke giant ampangan utk shopping sikit barang2....saje dah borink tatau nak wat aper.....belek punya belek last aku beli mister potato kegemaran adib, layer cake utk sarapan dia pepagi,kentang, kubis putih, carrot, susu segar dan beef and herb gravy untuk buat mash potato dan coselow.....haaaa amik kau habis lima puluh hinggit...tak pasal2 melayang....tak pe utk anak dan cik hubby ku jua.....

lepas tu terus balik umah...letih narrrr.......bye..bye