Jumaat, 15 April 2011

AL FATIHAH

salam semua kengkawan....bulan nie genaplaa 7 tahun abg saya tiada di pandangan mata kami sekeluarga...rasanya baru je bergurau senda dengan abg.....semalam mak dan ayah buat kenduri arwah utk abg di kampung..malangnya aku tak dapat pulang memandangkan komitmen dengan dialisis...haaa kan dah susah nak balik kampung.......alfatihah..semoga roh abg sentiasa di rahmati Allah...kami sayang sangat dengan abg....abang yang terlalu pelembut dan penuh dengan kasih sayang...rugi kehilangan abg....tapi apakan daya......Tuhan lebih menyayanginya..apapun abg tetap di hati kami sekeluarga....emmmm sayu


(pada kawan2..silalah sedekahkan alfatihah utk beliau, terima kasih)

Rabu, 13 April 2011

mash potato,coselow with beef & herb gravy

beef & herb gravy

(yg nie beli jer kat giant = RM4.89)


inilah hasilnya



wallahhh..dok tak dok...aku cuba resepi yg aku minta dari Watie Que...boleh tahan sedap ehhh...kata hubby marvellosss...adib pula makan sampai tak ingat dunia...licin...huhu...so...aku kongsikan sikit resepi yang aku cuba sendiri nie...selamat mencuba kengkawan:

Mash Potato:

Bahan2:

5 biji kentang putih (import) -direbus hingga empuk

1/2 kotak susu segar (apa2 jenama sekalipun)

2 @ 3 sudu makan butter


Cara2 Menyediakannya:

1. Rebus kentang sampai empuk

2. Lenyekkan kentang

3. Masukkan butter

4. Masukkan susu segar


Untuk Kuah:

Beli je dekat Giant - Beef & Herb Gravy -RM4 lebih sepeket


Cara2 Menyediakannya:

1.Tuang sepeket Beef & Herb Gravy


2.Masukkan air panas dan gaul.

Coselow: Bahan2:


1/2 Kubis Putih @ Purple-dipotong halus/dadu


1 biji Carrot 1 biji bawang besar-dipotong dadu


Mayonis


Cara2 Menyediakannya: 1.Potong semua sayur


2.Masukkan mayonis dan gaul


(nak sedap letak dalam peti sejuk...)






okeyy kengkawan...selamat mencuba yer


Isnin, 11 April 2011

Ubat @ HTJ

emmm pagi semua....awal2 pagi aku dah start kereta utk menuju ke hospital tuanku jaafar untuk mengambil bekalan ubat.Jam 8.15pg aku dah tercongok dekat parking hospital...nampak jer shuttle bus aku pun aper lagi meluru naik supaya taklah teruk aku nak mendaki bukit nanti...sampai je kat kaunter farmasi..aku amik nombor....kena tunggu lagi....lagi 10 orang..huhuhu...dalam setengah jam menunggu dapatlah bekalan ubat...masa nak kuar aku tunggu juga shuttle...senang tak yah jalan kaki...letih wooo kalau jalan...jauh tuuu....amik je kereta aku terus menuju ke giant ampangan utk shopping sikit barang2....saje dah borink tatau nak wat aper.....belek punya belek last aku beli mister potato kegemaran adib, layer cake utk sarapan dia pepagi,kentang, kubis putih, carrot, susu segar dan beef and herb gravy untuk buat mash potato dan coselow.....haaaa amik kau habis lima puluh hinggit...tak pasal2 melayang....tak pe utk anak dan cik hubby ku jua.....

lepas tu terus balik umah...letih narrrr.......bye..bye

Ahad, 10 April 2011

Sarapan Bersama Manjaku....



nasi ayam @ Warong Uncle Chor

sedapnyaaa makan
adib makan tak toleh kiri kanan kan!!


dah abis.....



Minggu lepas sempatlah aku dan hubby sarapan pagi bersama adib sebelum hantar dia masuk sekolah...kali ini warung pilihan adalah Warung Uncle Chor dekat Taman Bandar Senawang...boleh tahan sarapan dia...macam2 ada...lempeng kelapa, bihun, kaew teow, laksa, bihun sup, mee kari, kuih muih dan paling sedap aku rasa nasi ayam dia...marvelessss lah dan anak aku si adib macam biasa kegemaran dia mee ngan telur mata kerbau...hehehe....seronok menghabiskan masa ngan anak....seronok tengok gelagat dia....rindu sangat kamu sayang......

H.E.M.O.D.I.A.L.I.S.I.S @ HDU TAMPIN

salam semua...waweiiii sedar tak sedar dah hampir sebulan aku menjalani rawatan dialisis.Bermula dengan di HTJ, Seremban kemudiannya aku beralih ke Hospital Tampin dari 11.3.2011 sehinggalah 5.4.2011.Dan dengan berat hatinya aku melangkah kuar menuju ke Pusat Dialisis Nur Azalea yang terletak di Up Town Avenue pada 7.4.2011. Banyak kenangan yang aku tinggalkan di Tampin, dengan keramahan pekerja dan teman senasib.Kami bagaikan satu keluarga.Sayuuuuuuuuu tapi apa boleh buat, aku terpaksa juga tinggalkan.Dibawah adalah sebahagian gambar yang sempat aku rakamkan ketika di sana....layanzzzz

(Uncle Goh,teman senasibku)

(adakah aku seorang penyabar)

(makan jangan tak makan)


(keadaan bilik dialisis)


(lambatnya)

semua kenangan tak mungkin aku lupakan sampai bila2.....thanks kepada semua staff kerana menjaga dan memberi perkhidmatan yang terbaik....

Isnin, 21 Mac 2011

MENJALANI RUTIN HIDUP BARU

tanggal 7.3.2011 adalah merupakan tanggal yang tak mungkin akan aku lupakan sampai bila2...tanggal itulah pada tahun 2007 iaitu 4 tahun yang lalu anak aku MUHAMMAD ADIB FIRDAUS dilahirkan dimuka bumi ini melalui pembedahan di HTJ Seremban dan pada tanggal ini sekali lagi utk tahun ini ia tercipta berbeza dimana kali pertama aku menjalani HEMODIALISIS di HTJ Seremban.tak pernah terbayang yang aku akan menghadapi juga situasi ini...bagiku mungkin ada hikmah atas semua ini...aku pasrah dan redha walaupun pada mulanya berat hati ini untuk menerima kenyataan......tahap cretinine darah aku telah mencecah 1085 dimana situasi itu membahayakan nyawaku...bila2 masa saja ia boleh menyerang ke otak jika tidak di lakukan dialisis...akhirnya tepat jam 11 malam aku mula menjalani rawatan dialisis selama 2 jam sebagai permulaan setelah diarahkan masuk wad disebelah petangnya.Tusukan jarumnya MASYAALLAH...hanya aku je yang tahu sakitnya...ye lah...dah aku yang kena cucuk kan..hehehe...besar jarum je sebesar mata pensil yang tumpul...bayangkan sebesar mana jarum tu masuk ke kulit ku....sampai bengkak dan terpaksa dituam dengan ais batu setelah selesai rawatan.kali pertama rawatan berat badan aku turun sebanyak 0.6kg iaitu dr 78.9kg kepada 78.3kg iaitu selama rawatan 2 jam dan creatinen aku pula 996.Kali kedua menjalani dialisis adalah pada 9.3.2011 selama 3 jam pula dan berat badanku turun dari 78.3kg kepada 77kg.Dan Petang 10.3.2011 aku dibenarkan keluar dari wad dan di arahkan utk menjalani rawatan dialisis di hospital tampin mulai 11.3.2011, setelah menjalani rawatan selama 4 jam di Tampin, berat badanku kini tinggal 75.4kg dan aku perlu menjalani rawatan dialisis semuru hidupku di sini pada setiap selasa, khamis dan sabtu.

Selasa, 22 Februari 2011

Sakitnya hati!!!!!

rasanya inilah perasaan yg aku tak boleh nak gambarkan buat masa sekarang betapa SAKITNYA HATI AKU nie..huhuhu....kalau benarlah semua tu tidak berlaku kenapa mesti 'unfriend'.....takut atau terkejut....hmmmm adakah nasib aku seburuk ini...YA ALLAH..jauhkan semuanya dari hidupku ini..lindungilah keluargaku ini...........