Khamis, 25 Jun 2009

hujung minggu @ kinrara

sabtu lepas mak ayah datang umah bawa mak sedara dari kedah.Sempatlaa tido semalam kat umah, esoknya kami rancang ke umah sepupu saya kat kinrara.disebabkan kami ramai dalam 6 orang, kami naik komuter jerr dari seremban.kebetulan memang niat nak bawa anak bujangku si adib naik komuter.dalam komuter, adib nie bukan main licah lagi berjalan kesana kemari.kebetulan tempat duduk kami banyak yang kosong lagi. sampai jerr stesyen batang benar, dah ramai yang masuk .mulalaaa adib duduk diam. ingatkan lama laaa diamnya....emmmmm lepas tue aktif balik.habis semua kasut org dipijak2nya.nakal betulkan? Tak sangka pula sempat lak minta duit kat org sebelah atuk die...tersenyum jerrr org tue.aku apa lagi malulaaa...aduhaiiii.anak bujang sorang nie. akhirnya sampai juga kat stesyen serdang. then sepupu datang ambil kita org ke rumah dia.Sebab tak muat, maka saya, adib,adik sepupu dan mak sedara aku naik teksi.kena lak teksi india.masyallah...busuknyaaaa bau dalam kereta dia.dahlaaaa mahal bayaran dia,RM26.puas gaklaa menghidu selama 15 minit sementara nak sampai umah sepupu.Adib lak dengan selamba jerr tido....letihlaa tue.Petang tue mak dan ayah nak balik ke kedah naik kereta api.so, saya dan sepupu hantar mak ayah ke KL Sentral.Terima kasih mak ayah kerana selalu datang ke sini. Tak ternilai kasih sayang mu.Balik jer dari Kl Sentral, saya pun terus tunggu kat umah sepupu sampai husb datang ambil.Nak tahu pukul berapa husb datang, 2 pagi.sian dierr....sebab dia balik keje lambat ari tue.Sampai umah jerr dah jam 4 pagi.....esoknyeee terus dia tak keje..tak larat....

Rabu, 17 Jun 2009

hanya kau yang mampu

dah lama pula tak update kan...susah betol nak online sekarang niee.sibuk jerr memanjang. ade lak kes developer menipu so, kena laaa consentrate dengan kes tue dulu..

pagi tadi tengah drive otw hantar adib ke senawang, adelaaa pasang radio lagu Hanya Kau Yang Mampu nyanyian aizat.Tiba2 anak bujang sorang tue nyanyi lagu tue...amboi2 bukan main dia nyanyi, tapi satu butir ayat pun tak paham, yang ujung2 jerr faham.Baru 2 tahun 3 bulan dah pandai nyanyi.Kat umah pula kalau dengar lagu ruang rindu nyanyian Letto untuk drama Intan kat astro tue, bukan main juga menyanyi die..sampai tak pandang kiri kanan.terhibur juga atiee nie. semalam lak, masa keluar beli dinner, hubby keluar laaa beli nasi goreng n sate.Tengah tunggu tue tiba2 hubby masuk ngan rambut botak. Adib tiba2 senyap dan pandang semacam jerr abah die. lama juga senyap hingga sampai kat rumah.rupa2nya takut.Dia pandang jerr abah die nie.Tanya kat hubby kenape potong rambut botak lak.katanya pening kepala. tapi tue laaa dua tiga hari nie tengok hubby nie lain macam jerrr.termenung dan macam memikirkan sesuatu. bila tanya ade masalah kerr, katanya tak de.hemmmmmmmmmmm pelik juga.kat opis lak sempat lagi call bonda tersayang tanya datang ke tak minggu, jawapannya mestilaa datang.horeyyyyyyyyyy rindunya kat mak ayah.tak sabar nak jumpa mereka lagi.

Isnin, 8 Jun 2009

alaaaa ciannyaa

hari nieee rajin pulaa nak tulis blog waktu rehat nie. nak citerr sikit about my buah hati, adib. Dua hari kita org cuti niee, layan jerr dia kat umah. Kebetulan ada program Sua Rasa Celcom dekat ngan Stadium Paroi, kita org pun g laaa jalan2 kat situ...bukan main sukerrr adib niee berlari2 kat situ.Sempatlaa adib naik motor polis yang besar tue...mungkin kita org datang awal sangat so, taklaaa banyak aktiviti lagi.Cuma sempat beli London Swiss Roll jerr yang harga RM10 dapat beg. Ingatkan murahlaa rupanya macam kena tipu jerrr kek dia sikit jerr dari biasa. emmm kata hubby"padanlaaa rm10 sebab tu abg malas nak layan kalau jualan murah, dah yang nak beli, beli jerr laaa"..hehehehehe..kan dah kena.Tak lama kemudian kita org balik sebab dah mula panas...sambil tue adib tak abis2 sebut"happy besday to adib firdaus"...siannyaaa.ingat pula dia majlis harijadi dia ari tue. setiap hari dia asyik sebut ayat tue. so, saya berazamlaaa nak buat besday party utk adib tahun depan. ari tuee kita org buat sambut anak beranak jerrr sebab pikir dia bukan tahu aper2 pun tapi tak sangka dah pandai lak..sekarang nie mulut dia pun dah asyik mengomel jerr....selalu sebut "mama tak cayang..." bila kena marah..sian diaa kan.

Jumaat, 5 Jun 2009

APAKAH NEPHROTIC SYNDROME


Apa itu Nephrotic Syndrome ?
Nephrotic syndrome (NS) ialah satu sindrom klinikal yang menunjukkan cirri-ciri berikut :
Muka sembab, bengkak anggota atau badan (oedema)
Penurasan protein dalam air kencing (proteinuria) melebihi 3 g/sehari
Paras serum protein/albumin (hypoalbuminemia) rendah
Paras kolesterol yang tinggi (hypercholesterolemia
)


Bagaimana kekerapan berlaku Nephrotic Syndrome?
Boleh berlaku pada semua peringkat umur
Kerap berlaku pada kanak-kanak
Jika kanak-kanak biasanya berlaku pada peringkat umur 11/2 dan 4 tahun dan kerap terjadi kepada lelaki muda
Bagi dewasa taburan jantina adalah sama


Apakah tanda-tanda dan gejala Nephrotic Syndrome?
Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut :
Bengkak atau sembab anggota badan
Kuantiti penghasilan air kencing berkurangan
Tekanan darah tinggi
Kualiti hidup menurun
Kencing berbuih dan berbau busuk
Kencing berdarah (jarang)

Apa itu oedema?
Oedema merupakan tanda-tanda awal NS. Berlaku di dalam 95 - 99% kes. Di peringkat awal berlaku sembab di keliling mata dan sembab muka yang teruk terutamanya waktu bangun pagi. Kemudian beransur-ansur bengkak kepada seluruh anggota termasuk kaki dan tisu kulit tenggelam apabila ditekan dengan jari. Bengkak anggota kaki lebih nyata kemudianya. Pada peringkat seterusnya cecair berkumpul dalam kaviti abdomen menyebabkan abdomen menjadi bengkak dan tegang (ascites). Kemudiannya bengkak buah zakar atau faraj. Apabila penyakit bertambah teruk edema menjadi lebih menyeluruh menyebabkan kesukaran bernafas disebabkan cecair berkumpul di sekeliling paru-paru. Kadang-kadang oedema menyebabkan pertambahan berat badan. Kadangkalaa terdapat cecair meresap keluar dari permukaan kulit

Apa itu oliguria ?
Oliguria merujuk kepada kekurangan kuantiti air kencing berbanding jumlah sepatutnya dalam sehari. Biasanya ginjal menghasilkan air kencing sebanyak lebih kurang 1.5 liter sehari.
Apa itu hypertensi
Hypertensi menunjukkan peningkatan tekanan darah (link ke topik Saringan Darah Tinggi dan Tekanan Darah Tinggi)

Apakah yang dimaksudkan kualiti hidup yang menurun
Rasa tidak sihat atau letih
Hilang selera makan
Mudah penat dan mudah terganggu

Apa itu haematuria?
Darah dikesan dalam air kencing samada dilihat dengan mata kasar atau menggunakan mikroskop


Apakah komplikasi Nephrotic Syndrome?
Thrombo-embolism
Seseorang pesakit akan mengadu sakit yang amat sangat dan bengkak sebelah kaki atau kedua-dua nya sekali. Ini disebabkan darah beku dalam salur darah bahagian anggota bahagian bawah.

Mudah mendapat jangkitan
Kebiasaannya punca jangkitan adalah di bahagian peritoneum dan salur kencing. Tanda tanda dan gejala adalah pelbagai seperti demam, sakit bahagian abdomen, cirit birit, sakit atau pedih semasa kecing.

Cirit birit
Kebiasaannya disebabkan oleh bengkak pada dinding usus. Ini mungkin menunjukkan radang peritoneum sekiranya disertai dengan demam.

Apa perlu dilakukan sekiranya anda mengesyaki mengidap Nephrotic Sydndrome?
Dapatkan nasihat perubatan untuk pengesahan dan rawatan


Apakah ujian siasatan yang diperlukan untuk diagnosa atau pengesahan Nephrotic Syndrom?
Ujian analisa air kencing
ujian darah
Ujian ultrabunyi dan ujian biopsy (jika perlu)

Analisa air kencing

Ujian air kencing menggunakan "dipstick" dilakukan secara rutin bagi mendapatkan maklumat awal kandungan protein dalam air kencing. Satu "strip" adalah sejenis kertas kimia yang dicelup ke dalam contoh air kencing. Ianya akan berubah warna mengikut kuantiti protein yang terkandung dalam contoh air kencing. Ujian ini boleh dilakukan di mana-mana klinik.

Ujian protein air kencing 24 jam adalah ujian kuantiti yang mana memberi maklumat tentang jumlah kandungan protein dalam air kencing. Pesakit akan dikehendaki mengumpul air kencing bagi tempoh 24 jam di mana jumlah kandungan akan diukur. Jumlah kandungan protein yang dikeluarkan dalam kes Nephrotic Syndrome melebihi 3 gm/hari.

Selain kaedah pengiraan jumlah protein dalam air kencing kaedah pegiraan anggaran perbezaan antara protein dan creatinine boleh diguna pakai

Ujian analisa air kencing menunjukkan kehadiran darah dalam kencing

Ujian analisa darah
Serum albumin kurang dari 25 g/L
Kandungan kolestrol yang tinggi sering ditemui
Darah untuk ujian nitrogen dan creatinine adalah petunjuk kepada kerosakan ginjal. Kandungan yang tinggi produk metabolik menunjuk disertai dengan penurunan fungsi ginjal.

Ujian ultrabunyi dan pengambilan tisu ginjal (biopsy)
Ujian pengimejan biasa/rutin tidak diperlukan dalam kes Nephrotic Syndrome. Walau bagaimanapun selalunya dibuat sebelum prosedur pengambilan tisu ginjal dilakukan bagi memastikan pesakit mempunyai dua ginjal.

Dalam kebanyakkan kes doktor mungkin melakukan pemeriksaan cebisan tisu ginjal pesakit di bawah mikroskop untuk menentukan penyebab dan keterukan penyakit tersebut. Prosedur mendapatkan tisu ginjal ini dipanggil biopsy. Prosedur ini dilakukan menggunakan teknik aseptik. Bius setempat digunakan untuk menghilangkan kesakitan

Prosedur ini dilakukan dengan kedudukan pesakit meniarap menggunakan panduan mesin ultarbunyi untuk mengesan kedudukan dinjal.

Ubat bius setempat disuntik di bahagian yang telah ditentukan untuk menghilangkan kesakitan. Jarum khas digunakan untuk mengambil contoh tisu ginjal.


Apakah komplikasi biopsy ginjal?
Sakit di bahagian biopsi
Pendarahan adalah komplikasi yang biasa. Walau bagaimana pun biasanya kecil sahaja
Kencing berdarah biasa berlaku selalunya sedikit sahaja.
Hematoma atau lebam darah terkumpul di sekeliling ginjal. Biasanya kecil dan tiada tanda-tanda dan gejala

Apakah rawatan untuk Nephrotic Syndrome?
-Berbeza di antara dewasa dan kanak-kanak.
-Bergantung ke atas sebab-sebab Nephrotic Syndrome.
-Walau bagaimanapun terdapat rawatan yang tidak sepasifik ini termasuk :

Makanan
-Pengambilan protein makanan yang normal dengan kalori yang mencukupi

Mengawal pengambilan cecair dan garam terhad
-Pengambilan cecair mesti dihadkan mengikut jumlah air kencing yang keluar. (jumlah pengambilan cecair ialah jumlah air kencing hari sebelumnya + 500ml air yang hilang melalui proses selain dari kencing (contoh pernafasan, berpeluh dan lain-lain)

-Pengambilan garam mesti dikurangkan untuk mengelakan penakungan cecair dan garam di badan. Jangan tambah garam pada makanan

Diuretics
-Diuretic secara amnya untuk menggalakan peningkatan pengeluaran air kencing. Mungkin perludiberi melalui suntikan intravena

Anti-hypertensi
-Pemilihan ubat ini hendaklah yang boleh memberikan pengawalan tekanan darah yang baik pada masa yang sama megurangkan keterukan kandungan pengeluaran protein dalam air kencing.


Rawatan Khas Nephrotic Syndrom bagi kanak-kanak
Lebih kurang 80% kanak-kanak berumur antara 1 hingga 12 tahun mengidapi perubahan penyakit yang minima. Dari jumlah ini 90% respon kepada penggunaan terapi corticosteroid, oleh itu biopsy ginjal tidak diperlukan. Corticosteroid didapati sangat efektif dalam penyembuhan NS dan merupakan pilihan jenis ubat yang paling utama. Kanak-kanak dengan NS yang tidak respon dalam masa 4 minggu rawatan corticosteroid hendaklah dirujuk kepada pakar nefrologi untuk menjalani prosidur biopsy ginjal.

Maklumat lanjut : rujuk Consensus Statement of Management of Idiopathic Nephrotic Syndrome in Childhood 1999 yang boleh didapati pada laman web http://www.acadmed.org.my/ di bawah tajuk clinical practice guidelines


Rawatan Tertentu Nephrotic Syndrome bagi dewasa
-Rawatan tertentu diberi bergantung kepada keputusan ujian biopsy ginjal.


Kawalan tertentu komlikasi Nephrotic Syndrom
-Jangkitan
Pesakit NS amat mudah mendapat jangkitan terutamanya radang peritoneum dan radang kulit. Oleh itu ubat antibiotik yang dikehendaki apabila diperlukan diperlukan.

-Kegagalan ginjal
Ini adalah komplikasi yang telah maklum. Ini disebabkan oleh kekurangan air, kencing berlebihan atau bengkak kepada tisu ginjal. Walau bagaimana pun kegagalan ginjal jenis ini dapat dipulihkan.

-Thrombosis
Komplikasi ini boleh mengancam nyawa dan memerlukan terapi untuk mencairkan darah. Kadangkala rawatan awal anti pembekuan darah diperlukan untuk mencegah komplikasi.

Khamis, 4 Jun 2009

KISAH AbANg

salam semua. dah lama saya tak update blog nie kan. sibuklaaa sekarang niee kat opis.tak sempat saya nak layan internet. cuma perjalanan hidup saya berjalan macam biasa sekarang nie....tak lama lagi sampailaaa appointment saya dengan doktor kat sepital tue.entah aperlaaa status penyakit saya nie kan? kita tunggu 22hb nie. tapi sekarang nie saya nak citerr sikit kisah arwah abg saya, ZAFFIRUL BIN HJ ZAKARIA,sedapkan nama dia.Umur abg saya kalau dia masih hidup sekarang adalah 34 tahun. Tapi ALLAH lebih sayangkan dia sebab dia manusia paling baik pernah saya jumpa. Dia cuma sempat hidup selama 29 tahun jerrr dan cuma sempat bermanja dengan anak sendiri selama 2 tahun.dalam tahun 2002 kalau tak salah saya, arwah terlibat dengan kemalangan jalan raya dengan lori kira-kira 200 meter dari rumah akibat terlelap. arwah abg niee besar orgnya....kalau bawa kereta selalu jerr terlelap, kalau ade kakak ipar, selalu dicubit agar tak tido masa memandu tapi malang nasibnya hari tuee dia terlibat dengan kemalangan ketika pulang utk solat jumaat. terkejut saya dan kakak ipar dengan berita tue dan tanpa berlengah kita org ke lokasi kejadian. alhamdulillah dia cuma tersepit dan masih sedar walaupun kereta dia remuk gilerr.kebetulan masa tue kereta yang digunakan baru jerr dibeli sebulan lepas.arwah abg dihospital cuma beberapa bulan.selepas dibenarkan keluar, dia cuma berehat dirumah. namun selang beberapa minggu dia mula mengadu sesak nafas. ayah terus bawa abg ke Kedah Medical Centre. Kata doktor, air dah banyak dalam badan abg.Yang hairannya masa scan dekat hospital dulu tak nampak pula apa2 yang tak kena. mungkin badan dia besar so, x ray memang tak nampaklaaa.dalam 2 hari sempatlaa aku menjaga abg dan hari kedua tueee pelik pulaaa permintaan dia.dia minta saya pergi beli air sirap ais waktu pagi2 buta. saya kata mana boleh minum ais sebab nanti sakit tu lambat elok, abg cakap"alaaa.sekali nie jerrr lepas niee dah tak minta lagi".bukan main beria-ia dia minta tak juga saya tunaikan. Saya malas nak turun beli sebenarnya...last sekali saya kirim dekat adik bongsu saya yang on the way kesitu. Adik pula sampai lewat petang, waktu tu abg dah mulaa diam dan sesak nafas.Akhirnya sempat juga bagi abg minum air sirap tuee walaupun dia dah macam tak tau aper2.menyesalnya saya.. Doktor dah mula kelam kabut dan saya.....terpaku......adakah itu permintaan terakhir abg? Setelah ayah, mak dan saudara dihubungi, akhirnya doktor buat keputusan untuk transfer abg ke GH kerana peralatan di KMC tidak lengkap untuk kes abg. Petang tue juga abg di hantar ke GH dengan ambulan dan terus ditempatkan di ICU.Saya pula terus menyalahkan diri dan menangis tanpa henti....kata mak ..."kan dapat juga dia minum air tue".mak terus memujuk saya yang tak henti2 menangis.Selepas sebulan di ICu, doktor buat keputusan untuk tebuk lubang dileher abg utk memudahkan pernafasan dia.Waktu tue abg dah tak boleh bercakap cuma mampu menulis. dia sempat minta maaf pada semua org dan minta halalkan makan minum dan hutang2 dia..2 hari kemudian tanpa disangka, tiup pernafasan tue tercabut dan nafas abg terhenti sekejap. doktor berusaha menyelamatkan abg dan alhamdulillah nadi abg berdenyut semula. tapi abg dah koma... sejak itu abg cuma mampu mendengar percakapan kami tapi tak mampu menjawab.Selama hampir 8 bulan di ICu, abg dibenarkan pulang. Ayah banyak berkorban masa dan tenaga menguruskan abg. abg perlu dimandikan dan diberi susu sahaja. Mujurlah bekas kakak ipar sanggup menjaga abg sehingga akhir hayatnya. Ayah dan mak juga sanggup berhabisan duit dan masa untuk abg. Kami cuma sempat menjaga abg selama 2 tahun sahaja. Tak lama kemudian, tahap kesihatan abg makin berkurangan. Ayah membawa abg ke hospital, selang beberapa minggu kemudian, abg dimasukkan ke ICu dan diberikan bantuan mesin pernafasan. Doktor juga telah memberitahu ayah, peluang abg adalah tipis dan tiada ubat lagi untuk abg. Kata ayah"dia tetap nak terus rawat abg disini dan tak akan cabut mesin bantuan pernafasan tue.Biarlaaa abg pergi sendiri. Atleast kata ayah, dia dah berusaha.diawal pagi yang hening dan tenang, kami dapati nadi abg makin lemah dan abg pergi juaaa dengan bersaksikan kami sekeluarga dan saudara mara lain. Waktu tue tenang jerrr saya lihat wajah abg. Sejuk dan tersenyum. Alhamdullillah, waktu jenazah abg nak dikebumikan ramai orang datang melawat, seperti kenduri kahwin dia dulu. sesak jalan raya. Orang terlalu ramai.dalam 2 ribu tak salah saya. Arwah abg memang seorang yang terlalu baik, baik dengan semua orang. Dia kesayangan nenek saya kerana dia adalah cucu sulung dan selalu tolong dan bawa nenek saya bila nak kemana-mana. Arwah abg juga seorang anak yang patuh dan taat pada mak dan ayah. tak pernah sekali keluar perkataan "ahh" atau 'uhh" atau "tak boleh" bila ada yang minta tolong terutama mak ayah, adik2, saudara mara dan kawan2 dia. Dia juga tempat saya meluahkan rasa dan masalah. Kini saya tiada tempat untuk mengadu lagi.....Ingat lagi saya ketika saya minta kamera, dia sanggup belikan saya kamera walaupun mahal harganya dan beri saya duit bila tak cukup duit. Abg juga seorang abg yang lemah lembut dan terlalu sayangkan adik2 dia. Dan satu hajat arwah yang tak kesampaian, nak memiliki motor berkuasa besar. Tapi ayah tak benarkan sebab "bahaya naik motor" kata ayah. Dan hajat itu tersimpan kukuh dalam hati ayah sampai ari nie. Dan terfikir kami adik beradik, betapa bertuahnya kita org kerana ayah bagi segalanya kepada kami kini. Seboleh2nya ayah adakan. Mungkin juga kerana pengalaman bersama abg. Dan saya kisah air sirap itu tersemat kukuh dalam ingatan saya sehingga kini dan sentiasa membuatkan saya sentiasa menangis setiapkali teringatkan abg.Kini saya lebih menghargai kasih sayang keluarga kerana bagi saya keluarga adalah segalanya. Saya juga berusaha untuk menjaga hati mak dan ayah agar tidak terguris dan saya akan terkilan dengan sesiapa yang menyakiti hati ayah dan mak saya. Kerana bagi saya ayah dan mak terlalu banyak berkorban demi anak2. SEMOGA ROH ABG DICUCURI RAHMAT,AMIN. Saya sayang abang saya sangat2...emmm